Tak Payah Keluar Modal Lebih, Ini 6 Tips Hias Rumah Di Musim Raya
Syawal menjelang tiba setelah sebulan berpuasa, sudah tentu rasa keterujaan makin dirasai bagi mereka yang meraikannya. Pasti ada di antara mereka yang tidak sabar untuk pulang ke kampung halaman, memakai busana baharu serta menghias rumah supaya ia lebih nampak meriah dan berseri!
Alihkan perabot
ika anda ingin rumah anda kelihatan besar dan selesa, cuba guna teknik alih dan tambah perabot. Atur semula susunan meja dan sofa dengan tempat yang baru. Himpitkan sofa antara dinding.
Anda juga boleh menggunakan perabot yang lama dan hanya perlu cat semula. Bukan sahaja kelihatan seperti perabot baharu, malah ia dapat menjimatkan perbelanjaan.
Kitar semula barangan yang ada
Untuk jimat, anda boleh menggunakan semula perhiasan raya yang diguna setiap tahun. Jangan membazir, guna sahaja langsir yang lama dan hanya tambah reben lama atau menggantungkan hiasan ketupat serta lampu agar nampak lebih meriah.
Koleksi piring
Keluarkan segala koleksi pinggan, piring, mangkuk, cawan dan gelas yang ada di dalam kabinet. Aturkan dengan mengikut corak, warna serta saiz dan kemudian padankan dengan tema yang ingin ditampilkan atau gunakan ia sebagai pinggan dan cawan untuk tetamu ketika mereka datang beraya ke rumah.
Hiasan bunga
Guna sahaja bunga yang ada di rumah dan gubahkannya dengan mencampurkan bunga-bunga yang ada di setiap sudut rumah. Dengan itu, anda akan mendapat gubahan yang baru serta lebih menarik.
Kitar semula bekas kuih
Tidak perlu membeli bekas kuih raya setiap kali menjelang Syawal. Anda hanya perlu hias semula penutup bekas kuih dengan menggunakan reben, bunga, sticker serta glue pen. Pilih corak yang yang ceria serta fabrik yang sesuai untuk hiasan botol berkenaan.
Langsir dijadikan photobooth
Jika anda memiliki langsir yang lama, jangan buang gunakan ia sebagai bahan asas untuk photobooth Raya. Anda hanya perlu mencari ruang yang sesuai atau dinding bagi menggantungkan langsir terbabit. Tambah bunga, kerusi, meja, kad raya dan ketupat untuk dijadikan sebagai perhiasan.
ohbulan