Ten Hag waspada beli penyerang baharu

London: Erik ten Hag berkata, Manchester United perlu menambah penyerang dalam skuad mereka pada jendela perpindahan Januari tetapi menegaskan dia tidak akan membazirkan duit dengan menandatangani pemain yang salah.

United menentang Bournemouth di tempat sendiri awal pagi esok dan menduduki kelompok empat teratas hujung minggu lalu di sebalik rekod jaringan paling rendah dengan hanya 24 gol dalam 16 perlawanan musim ini.

Dengan hanya 12 gol daripada tujuh perlawanan di Old Trafford, tiada kelab dalam kalangan 10 teratas menjaringkan kurang gol di tempat sendiri berbanding United.



United membatalkan kontrak Cristiano Ronaldo, penjaring terbanyak mereka musim lalu menerusi 24 gol sebelum Piala Dunia dan Ten Hag berkata dia bimbang dengan ketajaman penyudah menyaksikan Marcus Rashford yang muncul penjaring terbanyak kelab hanya meledak enam gol dalam aksi Liga Perdana.

Tetapi selepas gagal mendapatkan penyerang PSV Eindhoven, Cody Gakpo kepada Liverpool susulan masalah kewangan di Old Trafford, Ten Hag menegaskan United akan terus mencari penyerang tepat dan berbaloi dengan wang dilaburkan.

“Saya fikir kami mempunyai pasukan yang bagus apabila semua pemain boleh beraksi tetapi dengan banyak lagi perlawanan perlu dihadapi, saya fikir terdapat keperluan mencari penyerang baharu,” kata Ten Hag.

“Tetapi anda perlukan penyerang yang boleh memberikan impak. Jika tidak ia hanya membazirkan wang apabila anda tidak memperkuatkan skuad. Ia tidak membantu anda.”



Dengan pemain sayap England, Jadon Sancho masih dalam program melengkapkan program latihan individu untuk kembali cergas sepenuhnya, United memerlukan sengat di bahagian serangan.

Oleh itu, menurut Ten Hag, dia tidak akan membenarkan penyerang lain meninggalkan pasukan secara pinjaman bulan ini termasuk Anthony Elanga yang menarik minat Everton.

Agensi



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button