Yang berani lawan Zahid tapi takut kepada Mahathir tidak layak tanding jawatan Presiden UMNO.

Oleh Adam Malik.

Di waktu kritikal ini , UMNO perlu di pimpin oleh yang berani dan bukan yang penakut , demi ‘survival’ UMNO.

Pemilihan UMNO kali ini ada lah pemilihan paling penting dalam sejarah UMNO kerana menjadi penentu sama ada UMNO akan terus diperhambakan lagi atau UMNO akan bebas terus.



Sekian lama UMNO menjadi alat kepada Tun Mahathir melayan kehendak nya dan setiap kali Presiden UMNO tidak memberi layanan kepada nya, ia akan dijatuhkan oleh Mahathir dengan pelbagai kaedah dan alasan.

Daripada Tunku Abdul Rahman , Abdullah Badawi , Najib Razak sehingga Zahid Hamidi, keseua Mahathir ada alasan untuk jatuhkan.

Bahkan yang akur kepada Mahathir juga akan dijatuhkan apabila tiba masa nya.



Kali terakhir UMNO dibawah kawalan Mahathir ada lah Ketika UMNO berada di bawah Perikatan Nasional dimana UMNO dijajah oleh Parti Bersatu yang dibelakang nya ada lah Tun Mahathir.

Cara UMNO dijajah ada lah melalui Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri yang terpaksa membuat perjanjian sulit dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin.

Sebuah media luar negara melaporkan “UMNO held ransom by its own Prime Minister”

Ini kerana agenda parti Bersatu dan Tun Mahathir adalah sama ia itu mahu UMHO dibenam dan dihapuskan supaya Parti PPBM boleh menggantikan UMNO dan dikemudian hari nanti Mahathir akan Kembali.



Jalan kearah itu sudah pun boleh dilihat lakaran nya dimana Mahathir sudah meletak kan jawatan didalam parti PEJUANG tapI masih memegang tampuk atas PEJUANG melalui Gerakan Tanah Air (GTA).

Sambil itu orang orang Pro Mahathir mengumpul orang melalui NGO diketuai oleh Annuar Musa dan Shahidan Kassim.

Apa pun itu soal kedua, yang penting untuk diberitahu ada lah UMNO perlukan pemimpin yang tidak mesra Mahathir dan Muhyiddin demi keselamatan UMNO sebagai sebuah parti.

Pada pemilihan UMNO kali ini, ahli akar umbi UMNO perlu bertindak bijak dan cerdik berdasarkan akal dan bukan emosi.



Ahli UMNO mesti elak bermain naratif yang diumpan oleh Pro Mahathir dan Muhyiddin @ Kluster Broker ia itu naratif menolak Presiden mereka Ahmad Zahid Hamidi sekurang kurang untuk masa kritikal ini.

Buat masa ini hanya Ahmad Zahid sahaja yang menjadi penghalang kemaraan pihak lawan UMNO untuk membaham UMNO.

Ahmad Zahid kini dibantu oleh Kluster setia sedang membendung kemaraan Parti lawan terutama nya Parti Bersatu dan juga Tun Mahathir.

Maka, dengan membuat Tindakan berlawanan yang dikehendaki oleh musuh UMNO ia boleh mendatangkan ‘frustration” kepada pihak musuh yang sudah kehabisan peluru menyerang Zahid Selepas menyerang Najib Razak.



Sesiapa selepas Najib dan Zahid ada lah sekadar ‘lauk’ sahaja kepada Tun Mahathir dan Muhyiddin.

Masih belum terlihat sehingga kini ada calon calon yang mahu tanding jawatan Presiden UMNO berani menyanggah Mahathir atau Muhyiddin.

Jika ada , siapakah mereka?

Adakah watak seperti Hishamuddin Hussin mampu menyanggah Mahathir? Khairy Jamaluddin? Atau Ismail Sabri?



Bahkan dengan Muhyiddin Yassin pun mereka belum dilihat berani, bukan sahaja talut bahkan Kerjasama pula.

Ini kerana disaat akhir sebelum PRU15 ketika Muhyiddin Yassin menyerang kepimpinan Ismail Sabri pun tidak terlihat mereka ini berani tempelak Muhyiddin dan ‘backup’ Ismail.

Sehingga kini juga belum pernah nampak apa apa ‘disagreement” terkeluar dari mulut mereka mereka ini yang mengkritik Muhyiddin atau Bersatu dan juga Tun Mahathir.

Krteria hendak jadi Presiden UMNO bukan lah bertempek dan bergayut kepada naratif Presiden ada kes mahkamah.

Kes kes itu direka oleh kerajaan Mahathir.

Tanya terlebih dahulu ada kah keberanian menempelak Mahathir atau Muhyiddin?

Buktikan terlebih dahulu.

Apa guna berani lawan Presiden sendiri tetapi menikus dengan pihak lawan.

Jika tiada keberanian usah lah memasang cita cita hendak jadi Presiden UMNO lalu menyusahkan jutaan ahli UMNO kerana takut kepada pihak lawan.

UMNO akan kalah pada setiap rundingan jika Presiden nya penakut.

Maka, ahli UMNO harus fikir dengan matang , boleh tukar Presiden dengan alasan kukuh tetapi elak dari memilih mereka yang hanya berani tempelak Presiden sendiri tetapi sangat penakut kepada musuh parti.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button