‘Tok Mat Hasan’ tidak pertahankan jawatan?

Teka-teki masih berlegar

Oleh – Bakhtiar Omar


'Tok Mat Hasan' tidak pertahankan jawatan?

Pemilihan Umno kali ini sangat menarik perhatian seluruh penganalisa, pemerhati serta pengikut politik tanahair. Antara yang turut diperhatikan ialah ‘Tok Mat Hasan’ atau nama sebenar Dato Sri Utama Mohamad Hj Hasan.



Selaku penyandang jawatan Timbalan Presiden Umno, teka-teki mengenai hasrat beliau dalam pemilihan kali ini agak sukar di ramal.

Ada desas-desus menyatakan beliau akan bergandingan dengan Hishammuddin Hussein, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Presiden Umno.

Bagaimanapun, menurut sumber sahih, Tok Mat menafikan beliau bersama dengan Hishammuddin atau Khairy untuk merebut jawatan Presiden.

BELUM ADA KATA PUTUS SAMADA PERTAHAN JAWATAN ATAU TIDAK

'Tok Mat Hasan' tidak pertahankan jawatan?



Sehingga hari ini, Tok Mat masih belum memutuskan samada mempertahankan jawatan Timbalan Presiden atau mencari tapak baru dalam parti.

Menteri Pertahanan itu masih mengambil sikap tunggu dan lihat untuk menilai sejauh mana ‘buah kilas’ mereka yang cuba mengaitkan beliau dengan mana-mana kem.

Adakah beliau akan bergandingan dengan Zahid sebagai calon 1-2 kali ini atau bergerak solo tanpa berada dalam mana-mana kem? 

Pastinya akan menarik perhatian sekiranya beliau ditentang nama besar dalam Umno bagi menguji kemampuan beliau.



Menilai prestasi Tok Mat sepanjang bergelar Timbalan Presiden, beliau merupakan ‘penyejuk’ dalam Umno apabila sebarang kontroversi timbul.

Dengan menggunakan loghat Negeri Sembilan dan bersahaja, Tok Mat akan menjernihkan suasana keruh yang berlaku tanpa menyakiti mana-mana pihak.

'Tok Mat Hasan' tidak pertahankan jawatan?

Sifat ‘orang kampung’ yang dibawa Tok Mat juga banyak memikat ahli Umno yang mahukan beliau kekal sebagai Timbalan Presiden Umno. Bagi ahli Umno, apa yang ditampilkan Tok Mat sangat dekat dengan hati mereka dan ini menyenangkan banyak pihak.



Namun, jangan tersalah nilai kemampuan Tok Mat mencatur politik beliau serta membawa satu perubahan besar dalam Umno. Beliau mampu ‘menundukkan’ lawan yang jauh lebih ‘berkemampuan’ darinya sewaktu pemilihan kelak.

Sesiapa yang mahu mencuba nasib bertanding jawatan Timbalan Presiden perlu terlebih dahulu memenangi hati ahli Umno terutama akar umbi yang berfikiran ortodoks.

Ahli Umno kini sudah jelak dengan gaya sesetengah pemimpin Umno yang ‘lebih lajak dari laju’ dalam berpolitik. Apatah lagi yang tidak memahami adab, resam serta cara menyantuni rakyat.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button