Arman sah tandingi Ketua Pemuda Umno
Oleh – Ku Zairi Ku Kamal
Ketua Bahagian Subang, Dato Arman Azha mengesahkan beliau akan bertanding bagi merebut jawatan Ketua Pemuda Umno.
Arman, salah seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno (lantikan), sebelum ini dikhabarkan berminat untuk jawatan Ketua Pemuda Umno namun tidak dapat disahihkan.
Hari ini, beliau sendiri telah menzahirkan hasrat beliau bagi jawatan tersebut.
“jika merasakan saya layak, i’m always open”
Beliau yang sebelum ini merupakan Exco Pemuda Umno antara pemimpin Umno yang mempunyai kontroversi. Paling mengejutkan, kontroversi Arman melibatkan sebuah kenderaan ‘sport mewah’.
Dilantik sebagai Senator di Dewan Negara, Arman mempunyai rekod keimpinan Pemuda Umno yang agak baik sebelum ini.
Beliau di temui di Cafe Riverside semasa menghadiri PAU 2022 di WTC Kuala Lumpur hari ini.