Identiti kru kapal kargo Mv Dai Cat 06 dikenal pasti

Identiti kru kapal kargo Mv Dai Cat 06 dikenal pasti

Identiti kru kapal kargo Mv Dai Cat 06 dikenal pasti
Kapal Kargo Mv Dai Cat 06 yang didaftarkan di Malaysia dipercayai membawa muatan besi dan lima kru dilaporkan hilang dikesan pada (1 Januari 2023) di kedudukan 6.5 Batu Nautika Barat Daya Tanjung Penyusop pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim Malaysia Negeri Johor hari ini. – Foto ihsan FB Maritim Johor

JOHOR BAHRU: Identiti lima kru kapal Kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang di perairan Indonesia, Isnin lalu sudah dikenal pasti.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria, berkata tiga daripada lima kru berkenaan adalah warganegara Malaysia iaitu pegawai kanan Mohammad Syafarizan Mohd Noor, 24; dua kelasi Mohammad Sudeh Sudin, 20, dan Derrent Littor, 22.

Beliau berkata dua lagi kru kapal adalah warga Indonesia iaitu nakhoda kapal dikenali sebagai Adi, 43, serta ketua jurutera Damai Papane Ole, 57.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pusat Kecil Mencari dan Menyelamat (MRSC) Johor Bahru telah menerima makluman dari pihak Maritime Rescue Control Centre (MRCC) Putrajaya pada 11 malam tadi bahawa pihak Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Republik Indonesia akan mengkoordinasikan pencarian kapal kargo MV Dai Cat 06 berdasarkan maklumat berkemungkinan kapal berada dalam perairan Indonesia.

“Sehingga kini, tiada maklumat terkini penemuan kapal itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Nurul Hizam dilaporkan berkata kapal kargo yang didaftarkan di Malaysia dan membawa muatan 527 batang paip bernilai RM726,205 serta lima kru, dipercayai hilang di perairan Indonesia, pada Isnin.

Laporan kehilangan kapal kargo dibuat ejen kapal terbabit pada 12.11 tengah hari, hari yang sama. – BERNAMA



Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”

Identiti kru kapal kargo Mv Dai Cat 06 dikenal pasti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Hamidi buka mulut – “The True Story”



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading