Jadi juara 26 kali – Dah la kacak, pemurah pula
Pelari dedah rahsia kerap sumbang wang kemenangan untuk kebajikan
“Saya juga dapat anugerah olahragawan daerah Segamat pada tahun 2016 selepas setahun berlatih. Paling jauh saya pernah sertai larian 35 kilometer je, tak pernah masuk maraton.
“Saya dah sertai lebih 140 pertandingan kalau tak silap dan kira sekali dengan sukan lain juga. Gelaran juara pula dah 26 kali,” ujarnya.
Cabaran
Mengimbas perjalanannya sebagai pelari jarah jauh, anak jati Johor itu mengakui awal penglibatannya tidaklah semudah yang disangka.
Selain kekurangan teknologi pada waktu itu, dia juga berdepan kesukaran kerana tiada sesiapa yang dapat memberi bimbingan khusus buatnya.
“Dulu rasa stres sikit masa mula berlari sebab ramai pesaing dari sekolah lain dan saya kena menang dalam pertandingan daerah supaya tak memalukan sekolah saya.
“Kemudian, masa baru training saya tak tahu apa-apa. Tiada jurulatih yang boleh ajar saya. Tak ada kawan yang pakar dalam larian. Cikgu sekolah pun tak tahu bidang lari jarak jauh.
“Pada masa itu, GPS watch yang boleh tengok distance dan pace larian juga tak ada. Jadi saya cuma boleh dapat maklumat daripada Google. Apa-apa saya akan Google search.
“Tapi dulu kan tak banyak info yang boleh dapat daripada internet. Banyak info kena bayar juga terutamanya training plan. Kena bayar dulu baru dapat,” imbasnya.
Seperti pelari-pelari lain, Pam juga berdepan banyak halangan ketika mengikuti pertandingan, namun dia tidak pernah sesekali berputus asa untuk sampai ke garisan penamat.
“Dulu pernah sakit banyak kali sebab tak tahu cara betul nak lari. Jadi selalu kena jumpa doktor. Cara training itu penting, kalau salah mesti cedera.
“Saya juga pernah hampir pengsan masa menyertai Nilai Charity Run 2017. Hari sebelum pertandingan dah rasa kepala berat sangat dan rasa demam sikit.
“Tapi tetap nak join. Lepas tu pengsan pula semasa lari. Saya kena bayar hospital sampai RM400 lebih kerana kejadian ini,” ujarnya berseloroh.
Tak lokek kongsi hadiah kemenangan
Pernah merangkul ratusan medal sepanjang terlibat dalam sukan itu, Pam juga wajar dipuji kerana sikap pemurahnya yang kerap mendermakan wang kemenangan buat rumah kebajikan.
Imbas Pam, dia awalnya merahsiakan perkara itu, namun kini terbuka untuk berkongsi demi memberi inspirasi kepada orang di luar sana untuk terus melakukan kebaikan.
“Biasanya saya dermakan cash prize, dah banyak kali dah. Setiap kali saya menang wang tunai tu, paling kurang pun saya akan derma 50 peratus untuk kebajikan.
“Dulu tak cerita pada sesiapa, tapi pada suatu hari, saya terfikir bahawa melalui cara ini, ia dapat memberi impak untuk orang ramai buat kebajikan juga,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.
Sokongan dan harapan
Menurut Pam lagi, dia bersyukur apabila minatnya mendapat sokongan keluarga, sekali gus meniup semangat untuk mencapai target yang lebih besar pada masa akan datang.
“Keluarga banyak bagi sokongan dalam bidang larian sebab mereka rasa saya sangat berdisiplin. Setiap hari saya bangun awal untuk training dan saya dapat banyak anugerah dalam bidang larian.
“Sudah tentu ada yang pandang rendah pada sukan larian. Ramai yang kata larian ni membosankan, cuma lari je, apa-apa pun tak perlu buat, tak macam sukan lain seperti bola yang memerlukan strategi dan rakan sepasukan untuk bersaing secara berkumpulan.
“Tapi, sebagaimana atlet-atlet lain yang serius dalam bidang larian jarak jauh, saya juga ada impian untuk bersaing dan mewakili Malaysia,” ujarnya lagi.
Jadi juara 26 kali – Dah la kacak, pemurah pula
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- RCI Tommy Thomas , jika benar ada kes salah laku kenapa kritik Zahid arah siasat?
- “Pemikiran politik harus berubah” – Prof Dr Siva
- “Kalah media sosial kita akan kalah pilihan raya” – Isham Jalil
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tersebar flyer berkenaan Penahanan Najib tidak sah di WTC
- Kembalikan semangat Umno mendepani ujian
- Azalina Akan Menentang Dr Noraini Untuk Jawatan Ketua Wanita UMNO
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah Umno kembali bangkit?
- KJ beri bayangan tanding jawatan Presiden Umno
- Khairy dan kluster Broker akan tetap bersama Anwar jika jadi Presiden UMNO, sebuah janji yang tiada jaminan.