Speaker terkhilaf isu empat Ahli Parlimen GRS
KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menyifatkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul terkhilaf dalam memutuskan tiada kekosongan empat kerusi Parlimen dimenangi bekas ahli parti itu, atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menegaskan Johari jelas membuat tafsiran khilaf berhubung Perkara 49A (3) Perlembagaan Persekutuan.
“Memandangkan kuasa mentafsirkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang terletak pada mahkamah, BERSATU akan merujuk perkara ini ke mahkamah supaya keluhuran undang-undang sentiasa terpelihara.
“Saya percaya mahkamah tempat yang sesuai untuk mendapatkan keadilan dalam hal ini memandangkan Yang Dipertua Dewan Rakyat daripada parti Pakatan Harapan adalah pihak yang berkepentingan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
BHOnline