Umur Dah 99 Tahun Tapi Dapat Isteri Umur 24 Tahun

Seorang warga emas berusia 99 tahun baru sahaja menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini teman wanitanya yang berusia 24 tahun pada 14 Januari lalu.

Jarak usia 75 tahun

Pengantin lelaki, Johana Maritim Butuk yang berasal dari negara Kenya itu dikatakan tidak pernah berkahwin sebelum ini dan akhirnya membuat keputusan untuk mengahwini Jemeli. Bercerita kembali detik perkenalan, pasangan ini pertama kali berjumpa di pasar yang akhirnya membawa kepada satu hubungan cinta.

Mereka berdua bercinta selama enam tahun dan pada Disember 2022, Butuk melamar Jemeli untuk menjadi isterinya. Meskipun jarak usia mereka sebanyak 75 tahun namun ianya bukanlah penghalang bagi Butuk dan Jemeli untuk mengecapi kebahagiaan.



Pasangan ini selamat bergelar suami isteri pada 14 Januari lalu. Menurut sumber, Jemeli seorang ibu muda yang memiliki tiga orang anak hasil hubungannya yang dahulu.

Sumber: Mandy News

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button