Tiga pemandu mabuk malam Tahun Baharu Cina ditahan polis
Tiga pemandu mabuk malam Tahun Baharu Cina ditahan polis
ALOR SETAR: Tiga lelaki ditahan polis kerana memandu di bawah pengaruh alkohol dalam operasi Op Mabuk sempena Tahun Baharu Cina dekat Sungai Limau, Kulim, tengah malam tadi.
Operasi yang bermula jam 10 malam hingga 4 pagi ini, disertai pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan dibantu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim.
Ketua JSPT Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussin, berkata tiga lelaki berusia 36 hingga 41 tahun itu didapati positif alkohol selepas menjalani ujian menggunakan alat Screening Device (SD) II dan ujian pernafasan menggunakan Evidential Breath Analyzer (EBA) II mendapati bacaan kandungan alkohol melebihi paras yang ditetapkan.
Beliau berkata, dalam tangkapan pertama jam 12.23 tengah malam, lelaki warga asing berusia 36 tahun yang menetap di Bayan Lepas, Pulau Pinang itu didapati positif alkohol selepas bacaan SD II 237 mg/100 mililiter (ml) manakala bacaan EBA II pula adalah 134 mg/100 ml.
“Berikutan itu, Perodua Viva yang dipandu lelaki itu dirampas untuk tindakan lanjut.
“Tangkapan kedua pada jam pula membabitkan lelaki berusia 39 tahun yang menetap di Lunas, Kulim selepas bacaan SD II yang dilakukan terhadap juruteknik itu adalah 400 mg/100 ml manakala EBA II pula 134/100 ml.
“Berikutan itu, kereta Proton Persona yang dipandunya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.
Mohd Mahiri berkata, tangkapan ketiga pula membabitkan lelaki tempatan berusia 41 tahun pada jam 1.42 pagi selepas ujian SD II mendapati tahap bacaan 400 mg/100 ml manakala ujian EBA II 279 mg/100 ml.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Tiga pemandu mabuk malam Tahun Baharu Cina ditahan polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?