Lelaki temui ajal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina
Lelaki temui ajal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina
MIRI: Seorang lelaki maut sebelum sempat menyambut Tahun Baharu Cina selepas kereta Honda HRV yang dipandunya bertembung dengan sebuah lagi kenderaan di Jalan Jee Foh Utama, di sini, malam tadi.
Menurut jurucakap Pasukan Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Lim Tze Kiat berusia 37 tahun.
Seorang lagi mangsa yang memandu kereta Honda Accord bagaimanapun hanya mengalami kecederaan dan sudah dibawa oleh orang awam ke hospital sebelum pasukan bomba tiba.
“Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari kereta yang dipandunya yang mana pemeriksaan yang dijalankan oleh pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkannya sudah meninggal dunia,” katanya.
Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Miri bagi tujuan bedah siasat.
Lelaki temui ajal menjelang sambutan Tahun Baharu Cina
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Peguam Najib , TS Shafie bangkitkan isu pelanggaran undang undang dalam perbicaraan Najib.
- Fantasia Keadilan Di Badan Kehakiman
- Jawapan Kepada Ambiga Dan Siti Kassim: Siasatan Terhadap Tommy Thomas Adalah Tuntutan Perlembagaan Bukannya Tuntutan UMNO
- Mahkamah khilaf bila peguam tarik diri kes Najib?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :