Dulu Mahathir pernah pecat berpuluh ribu ahli UMNO selamba sahaja.

Sekarang ini kecoh segala media dan akhbar arus perdana cetak dan online bermain isu pengkhianat UMNO kena pecat dan kena gantung.

Media proTun Mahathir dan musuh UMNO cuba menggambarkan pemecatan dan pergantungan keahlian pengkhianat UMNO sebagai satu Tindakan zalim.

Selain itu media songsang dan bermotif ini tidak menyebut berkenaan sebab musabab mereka dipecat dan dikenakan Tindakan disiplin selain cuba memberi gambaran mereka dizalimi oleh UMNO dan Presiden sahaja.



Tindakan atas mesyuarat MKT juga tidak diceritakan selain cuba beri gambaran ia diputuskan oleh Zahid Hamidi sahaja.

Apa pun  rakyat dan ahli UMNO sudah tahu kisah sebenar berkenaan kerja sabotaj dan kerja khianat mereka yang dipecat dan digantung ini seperti Khairy Jamaluddin memfitnah parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang baru berlangsung.

Dan Hismhuddin membawa beberapa SD kepada Muhyidin Yassin melanggar aturan parti dan Barisan Nasional..

Apapun cubaan media menghasut ahli UMNO mungkin tidak berkesan kerana ahli UMNO tahu apa yang berlaku.



Pemecatan dan mendisiplinkan anggota parti hanya perkara biasa karta Tengku Razaliegh Hamzah.

Mana mana parti juga akan melaksana kan perkara yang sama.

Dalam hal ini Ku Li lebih tahu dan ada pengalaman.



Pada sekitar tahun lapan puluhan dulu , Mahathir pernah memecat berpuluh ribu ahli UMNO (mungkin juga berjuta ahli)

Ia berlaku sebaik sahaja Mahathir menang tipis sebagai Presiden UMNO mengalahkan Tengku Razaleigh Hamzah.

Dalam pertandingan sengit itu, Mahathir menang lebih kurang 43 undi sahaja.

Setelah menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO lebih lapan tahun , Mahathir sekadar mendapat undi 43 lebih sahaja.



Begitu lah betapa tidak popularnya Mahathir dikalangan ahli UMNO kerana sibuk menjaga kroni sahaja.

Akhir nya ada satu kumpulan (kumpulan 11) membuat protes terhadap kemenangan Mahathir dengan membuat pelbagai andaian antara nya ada bahagian (atau cawangan) tidak berdaftar dan ini membuat mahkamah memutuskan UMNO diharamkan.

Kesalahan UMNO itu boleh dibangkang dan di’challenge’ serta dirayu , tetapi Mahathir tidak melakukan nya dan membiarkan ia dibatalkan.



Maka, hilang lah UMNO ‘original” dan lahirlah UMNO baru versi Mahathir.

Disini lah pemecatan puluhan ribu ahli UMNO terjadi kerana sebaik sahaja UMNO 2.0 dicipta , Mahathir telah tidak mengizinkan berpuluh ribu (mungkin juta) ahli UMNO pro Tengku Razaliegh Hamzah tidak diizinkan masuk UMNO baru.

Ini lah dia maksud pemecatan secara teknikal.

Ada orang kata, ia semua rencana Mahathir juga, namun tidak dapat disahkan dan dibuktikan.



Sambil itu beratus juta aset aset milik UMNO asal juga hilang entah kemana dan diambil oleh siapa pun tidak diketahui kerana aset aset dan perniagaan itu diperolehi atas nama UMNO dan bukan individu.

Datuk Seri Najib Razak pernah menempelak proksi Mahathir Datuk Kadir Jassin dengan menyindir aset UMNO yang ada pada Kadir Jassin tetapi DKJ pilih untuk tidak menjawap.

Tidak juga diketahui apa jadi kepada nombor keahlian UMNO original dimana nama Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak yang miliki nombor 0000001 dan ada yang kata nombor 0000001 kini milik Mahathir.

Pada peristwa ini juga tercatat seorang bukan Melayu menjadi orang Nombor satu negara secara tidak rasmi ,  waima hanya beberapa jam sahaja.

Tun Ling Liong Sik memegang kuasa nombor satu berapa ketika sementara UMNO baru hendak dibentuk.

Begitu lah terjadi kepada ahli UMNO yang tidak dapat menjadi ahli UMNO baru 2.0 lalu membentuk parti Semangat 46.

Ia dikira pemecatan secara besar besaran yang pernah terjadi kepada UMNO.

(banyak bahan boleh dirujuk untuk tajuk kami diatas)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button