Spurs pinjam Pedro Porro dari Sporting

LONDON: Tottenham mengumumkan mereka menandatangani pertahanan Sporting Lisbon, Pedro Porro beberapa minit sebelum jendela perpindahan Januari ditutup hari ini.

Pertahanan kanan itu akan menyertai skuad kendalian Antonio Conte secara pinjaman hingga penamat musim dan boleh menjadi perjanjian kekal bersama Spurs dengan yuran dilaporkan bernilai 45 juta euro (RM208.52 juta).

Pemain antarabangsa Sepanyol berusia 23 tahun itu yang beraksi bersama Manchester City dari 2019 hingga musim panas lalu, bermain dua kali buat Sporting menentang Spurs pada peringat kumpulan Liga Juara-Juara musim ini.



Tottenham juga mengumumkan pemergian pertahanan, Matt Doherty, yang menyertai Atletico Madrid.

“Kami secara bersama bersetuju menamatkan kontrak Matt Doherty bagi membolehkan dia menyertai kelab lain,” kata Spurs dalam satu kenyataan.

Atletico mengesahkan Doherty berpindah ke kelab di ibu kota Sepanyol itu.



“Matt Doherty ialah pemain baharu Merah & Putih!” ciap kelab La Liga itu menerusi Twitter.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button