Man Utd pinjam Sabitzer ganti Eriksen

LONDON: Manchester United mengumumkan mereka menandatangani pemain tengah Bayern Munich, Marcel Sabitzer secara pinjaman sebentar tadi.

United dipaksa bekerja keras hingga tarikh akhir jendela perpindahan berikutan kecederaan pergelangan kaki Christian Eriksen, yang menyebabkan pemain tengah Denmark itu akan diketepikan hingga awal Mei.

Pengurus, Erik ten Hag melengkapkan perpindahan penyerang Belanda, Wout Weghorst lebih awal pada perpindahan Januari.



Sabitzer, 28, yang sebelum ini adalah kapten RB Leipzig, sudah memiliki 68 kaps bersama Austria.

“Kadangkala dalam hidup anda perlu buat keputusan yang pantas dan penting,” kata Sabitzer, yang akan berada di Old Trafford bagi baki musim ini.

“Sejak saya mendengar mengenai peluang ini, saya tahu ia adalah yang terbaik buat saya. Saya pemain yang kompetitif – saya mahu menang dan membantu kelab mencapai sasaran musim ini.



“Saya rasa sudah berada di kemuncak sebagai pemain, dan saya boleh menyumbang pengalaman dan tenaga ke dalam skuad.”

Pengarah bola sepak Manchester United, John Murtough berkata: “Marcel ialah pemain yang kami sudah perhatikan sejak lama. Peluang hadir dengan cepat dan kami tahu bahawa dia adalah pemain dengan kemampuan dan perwatakan yang boleh mendatangkan impak.”

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading