KJ: Dari Politik Ke DJ Radio aka DJ Sukaneka Alam Ria Kanak-Kanak
KJ: Dari Politik Ke DJ Radio aka DJ Sukaneka Alam Ria Kanak-Kanak
Penulis mengucapkan tahniah yang bersulam takziah kepada Hot FM dan KJ.
Kerana mulai minggu hadapan KJ akan secara rasminya menjadi deejay Hot FM.
Tahniah kerana KJ dan juga Hot FM telah membuka satu lebaran baharu dalam dunia penyiaran di negara kita.
Belum pernah terjadi sebelum ini, seorang ahli politik yang tidak ada parti dan juga jawatan diambil sebagai deejay radio.
Di samping KJ, penulis suka mencadangkan kepada Hot FM supaya melantik Noh Omar sebagai deejay.
Atau pun setidak-tidaknya sebagai penyampai ramalan cuaca.
Jangan marah, sekadar cadangan sahaja, kalau tidak sesuai, tidak apalah…😁😁😁
Takziah pula kerana atas tindakan itu telah mendedahkan KJ kepada serangan atau ‘black ops’ dari seteru politik beliau.
Kerana dari pemerhatian penulis, penyokong KJ sebenarnya tidak seramai mana.
Lebih tepat dikatakan musuh beliau lebih ramai dari penyokong beliau.
Tidak dapat dinafikan, Hot FM sudah berdekad menjadi antara pilihan utama anak muda.
Dan kini, segala kepincangan dan kebobrokan KJ akan dapat diketahui secara ‘on air’ oleh jutaan anak muda di Malaysia.
Implikasi dari itu, populariti Hot FM boleh jatuh secara merudum.
Imej Hot FM akan dilihat sebagai media politik berbanding media hiburan.
Sudah menjadi rahsia umum, majoriti anak muda kurang minat untuk mengikuti perkembangan politik.
Di samping itu, Hot FM juga akan berhadapan dengan tindakan dari pihak berkuasa.
Jangan lupa, ada garis panduan yang mesti dipatuhi bagi pemegang lesen media hiburan.
Dari sudut pendapatan, mestilah jauh berbeza antara pendapatan seorang ahli politik dengan pendapatan seorang deejay.
Untuk menampungnya, KJ bolehlah ambil job part time sebagai deejay sukaneka alamria kanak-kanak peringkat sekolah tadika atau sekolah rendah…😂😂😂
Kalau tidak cukup juga, bolehlah tinjau peluang di karnival Jom Heboh, itu pun kalau masih ada lagilah…😜😜😜
KJ: Dari Politik Ke DJ Radio aka DJ Sukaneka Alam Ria Kanak-Kanak
Di Syorkan Untuk Anda:
- PN Tidak Perlu Politikkan Isu Penggantungan Pemain Hoki Negara
- SPRM Siasat Menantu Muhyiddin Yasin
- Persoalkan Kedaulatan Pulau Pinang, Lapuran Polis Di Buat Ke Atas MB Kedah