Bekas kapten bola sepak diselamatkan dari gua Tham Luang, meninggal dunia di UK
Bekas kapten bola sepak diselamatkan dari gua Tham Luang, meninggal dunia di UK
LONDON: Duangpetch Promthep, salah seorang daripada 12 kanak-kanak lelaki yang diselamatkan dari gua Tham Luang, Chiang Rai, Thailand pada 2018, meninggal dunia di United Kingdom (UK).
BBC melaporkan, dia ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dorm asrama tempatnya menginap pada Ahad lalu, sebelum dibawa ke hospital.
Dia disahkan meninggal dunia semalam, namun belum diketahui punca kematian.
Berita mengenai kematiannya diketahui selepas ibunya memaklumkan kepada Kuil Wat Doi Wao di Chiang Rai.
Bekas kapten pasukan bola sepak Wild Boars Thailand itu mendapat biasiswa untuk menuntut di Akademi Bola Sepak Kolej Brooke House, Leicestershire sejak akhir tahun lalu.
Pada Julai 2018, Duangpetch bersama 11 rakan sepasukan serta jurulatih mereka diselamatkan selepas terperangkap di dalam guna Tham Luang di Chiang Rai selama 18 hari.
Insiden tersebut menarik perhatian seluruh dunia termasuk beberapa negara turut menghantar pasukan penyelam bagi membantu operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa.
Berita mengenai kematiannya diketahui selepas ibunya memaklumkan kepada Kuil Wat Doi Wao di Chiang Rai.
Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.
Bekas kapten bola sepak diselamatkan dari gua Tham Luang, meninggal dunia di UK
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Umum rehat politik, Azmin takut kalah
- Sudah tukar Empat Perdana Menteri masih tidak mampu dakwa Zeti.
- Pemilihan – ‘Broker’ pasang proksi untuk kuasai Umno
- Yang dipecat dan digantung keahlian letak harapan pada calon proksi dipemilihan UMNO.
- Netizen gesa tindakan tegas atas bekas atlet
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Rakyat teruja bila dengar SPRM panggil Daim beri keterangan.