Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?

Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?

Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?

Mesyuarat ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi telah melantik senator Tengku Zafrul sebagai ahli MKT UMNO.

Dalam masa jangkahayat kepimpinan yang ada sekarang cuma tinggal sebulan, Tengku Zafrul mengangkat sumpah sebagai ahli MKT UMNO yang dilantik.



Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan yang mengesahkan mengenai perlantikan itu tidak memberikan sebab mengapa perlantikan dibuat ketika pemilihan parti semakin hampir.

Mengapakah perlantikan itu tidak dilakukan selepas pemilihan parti?

Apa yang jelas, perlantikan Tengku Zafrul sebagai ahli MKT UMNO dilihat tidak mempunyai sebarang nilai tambah kepada UMNO.

Dari dunia korperat, Tengku Zafrul dibawa ke dunia politik oleh pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin di era PN.



Kemudian jawatan beliau dikekalkan oleh Ismail Sabri di era Kerajaan Keluarga Malaysia.

Sepanjang menjadi Menteri Kewangan, Tengku Zafrul dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang menongkah arus dengan ketetapan parti, seperti isu KWSP.

Menjelang PRU 15 yang lalu, Tengku Zafrul, dibawa masuk menyertai UMNO Selangor oleh mantan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor yang dipecat, Noh Omar.

Dalam usaha merebut kerusi parlimen Kuala Selangor, Tengku Zafrul kalah kepada Dr Dzulkifli.



Kedudukan Tengku Zafrul di dalam kabinet Kerajaan Perpaduan juga tidak akan dapat bertahan sehingga ke hujung penggal.

Ini kerana tempoh perlantikan beliau sebagai senator akan berakhir pada 2026 dan ini adalah kali kedua beliau dilantik sebagai senator.

Jadi, adakah perlantikan Tengku Zafrul sebagai ahli MKT UMNO boleh dianggap sebagai kesilapan atau presiden UMNO menerima tekanan dari pihak tertentu?

 



Perlantikan Tengku Zafrul Sebagai Ahli MKT, Satu Kesilapan Atau Strategi Berkesan?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading