Pekerja kilang kekal dijel 9 tahun kerana rompak RM897, dua kotak rokok

Pekerja kilang kekal dijel 9 tahun kerana rompak RM897, dua kotak rokok

Istana Kehakiman. - Foto hiasan NSTP/Muhd Zaaba Zakeria
Istana Kehakiman. – Foto hiasan NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan seorang bekas pekerja kilang kekal dipenjara sembilan tahun dan disebat empat kali atas tiga pertuduhan merompak wang tunai RM897, dua kotak rokok dan dua telefon bimbit.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Hanipah Farikullah bersidang bersama Datuk Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Lim Chong Fong membuat keputusan itu selepas menolak rayuan akhir tertuduh, Ahmad Sadeli Mohd Ali, 32, bagi mengurangkan hukuman.

Hanipah berkata, pihaknya mendapati hukuman tiga tahun penjara bagi setiap pertuduhanadalah tidak berat hasil penelitian fakta kes.



“Oleh demikian, keputusan dibuat oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini berhubung hukuman terbabit adalah betul dan dikekalkan,” katanya.

Ahmad Sadeli diwakili peguam, Bustaman Menon, manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wong Poi Yoke.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, Ahmad Sadeli didakwa merompak wang tunai RM747, satu telefon bimbit dan dua kotak rokok Dunhill Red Classic dengan bersenjatakan pisau yang boleh mendatangkan kematian.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Kesalahan itu dilakukan di dua kedai serbaneka di Taman Tiram Baru, Ulu Tiram dan Taman Mesra, Seleng di Johor Bahru masing-masing jam 10.30 pagi dan 11.05 pagi, 19 Disember 2021.



Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa mencuri wang tunai RM150 dan satu telefon bimbit seorang wanita di sebuah kedai serbaneka di Taman Nusantara, Gelang Patah, Johor Bahru, jam 3.30 pagi, 4 Disember 2021.

Pendakwaan atas semua pertuduhan itu mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan (KK)dan dibaca bersama 397 KK yang memperuntukkan penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Pada 28 Disember 2021, Mahkamah Sesyen Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi setiap pertuduhan, manakala dua sebatan masing-masing untuk pertuduhan pertama dan kedua.

Mahkamah Sesyen memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa secara berasingan yang mana Ahmad Sadeli perlu menjalani hukuman penjara selama sembilan tahun dan empat sebatan.



Pada 27 Jun 2022, Mahkamah Tinggi Johor Bahru mengekalkan hukuman sama.

 

Bukan 3 tetapi 6 warga Malaysia dijel di Bangladesh seludup emas



Pekerja kilang kekal dijel 9 tahun kerana rompak RM897, dua kotak rokok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


SPRM bakal bongkar kekayaan luarbiasa Daim?

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading