Politik stabil Kerajaan Perpaduan kukuhkan nilai ringgit

KUALA LUMPUR: Pemulihan sentimen pasaran di peringkat global dan keyakinan pelabur terhadap Malaysia selari dengan kestabilan politik sejak tertubuhnya Kerajaan Perpaduan antara faktor utama pengukuhan nilai ringgit.

Timbalan Menteri Kewangan, Steven Sim, berkata ringgit mencatatkan pengukuhan sebanyak 3.2 peratus sejak Kerajaan Perpaduan ditubuhkan pada 24 November 2022 hingga 17 Februari lalu.

“Secara amnya, perkembangan ini juga dipengaruhi faktor penyederhanaan dalam kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS$), berikutan jangkaan pasaran bahawa bank pusat AS akan menaikkan kadar faedah secara perlahan bagi menangani risiko inflasi di AS, yang kini menunjukkan tanda pemulihan berterusan.



“Perkembangan ini juga menyebabkan pengukuhan nilai wang utama dan serantau,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (PH-Bagan) mengenai sebab utama pengukuhan nilai mata wang ringgit selepas Kerajaan Perpaduan ditubuhkan dengan mata wang asing seperti dolar AS, Singapura dan Rupiah Indonesia serta kesan ke atas ekonomi dan inflasi negara.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading