Pakar jelaskan insiden orang mati `hidup semula’

Pakar jelaskan insiden orang mati `hidup semula’

Pakar jelaskan insiden orang mati `hidup semula’

LONDON: Seorang pakar tampil memberi penjelasan mengenai kewujudan orang yang meninggal dunia kembali `hidup semula.’

Malah, pensyarah kanan bidang perubatan dari Universiti Anglia Ruskin, Stephen Hughes  menegaskan tanda-tanda itu bukan bermakna berlakunya zombie.



Lapor Mirror, laporan pertama berkaitan orang mati hidup semula dikatakan berasal dari Haiti pada abad ke-17 apabila ia digambarkan sebagai raksasa.

Kejadian itu kemudian berlaku semula pada abad ke-20 dalam siri filem Night of the Living Dead arahan George A Romero.

Menurut Hughes, tanda-tanda seperti ketiadaan degupan jantung dan nafas pada satu tempoh masa tertentu, anak mata mengembang serta kegagalan untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan bermakna individu itu sudah meninggal dunia.

Katanya, semua pengamal perubatan diajar proses berkenaan dan mereka menyedari tugasan itu.



“Malangnya, timbul situasi apabila seseorang pesakit yang diisytiharkan meninggal dunia ketika proses itu, menunjukkan tanda-tanda hidup semula.

“Kegagalan untuk melakukan prosedur pengesahan kematian dengan betul menjelaskan kejadian individu diisytiharkan meninggal dunia secara salah.

“Pemeriksaan yang dilakukan sepintas lalu sambil rasa terganggu, boleh menyebabkan kegagalan mendengar degupan jantung dan mengesan nafas. Jadi amat penting untuk meneliti dengan betul,” katanya.

Hughes mengakui dia pernah menyaksikan beberapa kejadian orang yang mati kembali hidup semula sepanjang kerjayanya.



Katanya, salah satu punca kejadian itu berlaku boleh disebabkan pemberian dos ubat penenang berlebihan yang mengurangkan tindak balas.

Malah, jelas beliau, beberapa toksin juga boleh mempunyai kesan yang sama.

Hughes membuat komen itu selepas seorang wanita berusia 82 tahun yang disahkan meninggal dunia didapati hidup semula di sebuah rumah pengebumian di New York.

Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera



Pakar jelaskan insiden orang mati `hidup semula’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Skandal Jana Wibawa: Rupanya Lian Tan Chuan Adalah Kluster Kontraktor Bumiputera

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button