Cucu Tergamak Tikam Nenek Jutawan 17 Kali

Gara-Gara Orang Sekeliling Tahu Ketagih Ganja

Seorang cucu kepada jutawan tergamak membunuh neneknya dengan menikam sebanyak 17 kali ketika berada di dalam bilik mandi.

Dibawah pengaruh ganja

Pietro Addis yang merupakan seorang tukang masak dikatakan berbuat sedemikian selepas neneknya memberitahu orang ramai yang dia ketagih dengan bahan terlarang iaitu ganja.

Neneknya, Sue Addis, 69, merupakan pemilik restoran Brighton Donatello’s dan Pinocchio’s dibunuh oleh cucunya yang berusia 19 tahun pada 7 Januari 2021.



Pietro telah menikam di bahagian leher dan dada neneknya. Polis menemui mayat Sue Addis terbaring di dalam bilik air dengan berlumuran darah selepas Pietro memanggil perkhidmatan kecemasan.

Saya memanggil untuk menyerahkan diri. Terdapat pembunuhan.

Menurut Dailystar, Pietro telah menghisap ganja semasa dia mengambil ubat untuk kemurungan dan ADHD.



Sementara itu, neneknya telah menulis kepada Dr Daphne Keen, ahli psikologi yang mendiagnosis ADHD Addis, dan menjelaskan bagaimana bahan terlarang membuatkan cucunya perlahan dan mengalami paranoia.

Dia hanya mahu duduk di dalam biliknya sepanjang hari dan tiada usaha untuk membuat apa-apa perkara pun.

Dia juga cepat menjadi panas baran dan tidak mahu berbincang.

Sumber: Dailystar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button