Ceramah Ustaz Azhar Idrus di Selangor diarah batal

 

SHAH ALAM: Kuliah maghrib penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong pada 26 Februari ini, dibatalkan.

Menurut facebook rasminya, Kuliah Maghrib Perdana UAI itu terpaksa dibatalkan atas kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).



“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliyah di negeri anda.

“Oleh kerana itu Kuliah Maghrib pada tarikh 26 Februari 2023 ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya,” katanya dalam satu hantaran hari ini.

Sementara itu, pihak JAIS ketika dihubungi memaklumkan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung perkara itu.

BHOnline




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading