3 calon Naib Presiden Umno popular

Oleh – Bakhtiar Omar


 

3 calon Naib Presiden Umno popular



 

Senarai nama calon Naib Presiden Umno sudah diketahui umum selepas tempoh pendaftaran bagi pemilihan 2023 ditutup secara rasmi.

Dari 7 nama calon Naib Presiden, 3 nama sangat menarik perhatian dan agak popular dikalangan ahli Umno itu sendiri.

Mereka adalah Azalina Otman Said (Pengerang), Wan Rosdy Wan Ismail (Cameron Highlands) dan Khaled Nordin (Kota Tinggi).



Manakala saingan lain ialah, Mahdzir Khalid, Hasni Mohamad, Johari Ghani dan Reezal Merican.

AZALINA CATIT SEJARAH WANITA PERTAMA TAWAR DIRI NAIB PRESIDEN UMNO

Azalina merupakan calon tunggal wanita yang pertama menawarkan diri sebagai calon Naib Presiden Umno. Bekas Ketua Puteri Umno yang pertama ini mempunyai karisma tersendiri dalam arena politik. Tegas dan agresif dalam mempertahankan Institusi Parti dari serangan pihak lawan.

Sukar untuk sebuah parti mendapat seorang calon Naib Presiden dari kalangan Wanita dan sudah pasti jika diberikan peluang, ini merupakan satu pengiktirafan Umno kepada Wanita yang selama ini menjadi tulang belakang parti.

Wan Rosdy pula seorang yang tenang, murah senyuman, berpengalaman selama 18 tahun dalam politik dan merupakan Menteri Besar yang cukup kental semangat menerajui kerajaan BN Pahang apabila BN tewas di peringkat pusat pada 2018.



DARI HANYA ADUN BIASA, KINI WAN ROSDY ANTARA MENTERI BESAR PALING BERPENGARUH

Bermula sebagai ADUN Jelai, beliau memperlihatkan kemampuan bila diberikan tanggungjawab sebagai Exco Kerajaan Pahang.

3 calon Naib Presiden Umno popular

Dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 2018, Wan Rosdy tidak menunggu lama membawa perubahan besar dalam struktur Pahang serta kewangan negeri.

Pengalaman karier dalam Lembaga Padi Negara dan BERNAS digunakan sepenuhnya untuk membina semula ekonomi Pahang serta mensasarkan pendapatan untuk kerajaan negeri hasil dari cukai sebanyak RM1 billion.



Wan Rosdy juga dikenali sebagai ‘saviour’ kepada Umno kerana banyak membantu parti ketika zaman kalah. Hampir semua PRK dan PRN dihadiri Wan Rosdy bersama rombongan Pahang membantu kerja-kerja parti dalam usaha memenangkan calon BN.

KHALED ‘KENTAL’ DALAM JATUH BANGUN POLITIK JOHOR

Khaled Nordin, pernah tewas di Pasir Gudang pada 2018, kini kembali selepas menang Parlimen Kota Tinggi pada PRU15 lepas.

Memulakan karier politik pada 1990 sebagai Ahli Parlimen Johor Baharu, beliau hanya menjadi Menteri Besar Johor selepas 23 tahun menabur bakti di peringkat pusat. Bertanding di DUN Permas pada 2013 namun tewas di Parlimen Pasir Gudang dan Dun Permas pada 2018.

Pengalaman di peringkat pusat dalam pelbagai jawatan merupakan antara kelebihan untuk Khaled Nordin dipilih sebagai calon Naib Presiden Umno buat kali kedua.



Bagaimanapun, segalanya bergantung kepada Perwakilan Umno yang akan memilih kelak. Jika mereka mahu gandingan yang terbaik, maka perwakilan perlu melihat latar belakang dan rekod khidmat semua calon yang menawarkan diri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button