Polis siasat pergaduhan tiga lelaki di simpang jalan

Polis siasat pergaduhan tiga lelaki di simpang jalan

Polis siasat pergaduhan tiga lelaki di simpang jalan
Polis siasat pergaduhan tiga lelaki di simpang jalan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung pergaduhan membabitkan tiga lelaki di persimpangan Jalan Timur, Kampung Selayang Pandang, Batu Caves di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed, berkata siasatan dijalankan selepas polis mengesan penularan rakaman video kejadian berdurasi 54 saat itu di Twitter, kira-kira jam 11 pagi tadi.

“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 19 Januari lalu dan berpunca rasa tidak puas hati seorang lelaki terhadap seorang lelaki lain yang menunggang motosikal dan hampir menyebabkan kemalangan hingga berlaku pertengkaran.



“Sejurus selepas itu, datang seorang lagi lelaki yang sedang melalui jalan terbabit dan masuk campur sehingga berlaku pergaduhan,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Katanya, polis berjaya mengesan seorang lelaki tempatan berusia 23 tahun yang dipercayai terbabit dalam kejadian itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk membantu siasatan, hari ini

“Sehingga kini, belum ada pihak yang tampil membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kita masih mengesan pihak lain yang terbabit untuk membantu siasatan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sehubungan itu, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat kes, Inspektor R Khalpana di talian 03-61262222 atau012-5018901,” katanya.



Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera.

Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa

Polis siasat pergaduhan tiga lelaki di simpang jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Azmin Persoalkan Mengapa Pemimpin BN Tidak Di Dakwa Berkaitan Skandal Jana Wibawa

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading