Hanya Nazlan Seorang Yang Kebal Dari Undang Undang Di Dunia Ini

Hanya Nazlan Seorang Yang Kebal Dari Undang Undang Di Dunia Ini

Hanya Nazlan Seorang Yang Kebal Dari Undang Undang Di Dunia Ini

Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi, DS Azalina Othman Said memaklumkan kepada parlimen bahawa siasatan SPRM ke atas Hakim Nazlan sudah lengkap.

Menurut DS Azalina, kini kertas siasatan itu berada di pejabat Ketua Hakim Negara dan juga Peguam Negara.



Siasatan SPRM mendapati ada asas yang kukuh untuk mendakwa Nazlan dalam salah guna kuasa.

Tetapi Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara dilihat seolah keberatan untuk mengheret Nazlan ke mahkamah.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/02/24/parlimen-di-maklumkan-siasatan-sprm-ke-atas-nazlan-sudah-lengkap/



Ketua Hakim Negara sendiri telah mencipta pelbagai rekayasa untuk ‘menghalalkan’ perbuatan salah guna kuasa yang dilakukan oleh Nazlan.

Antara alasan yang diberikan oleh Ketua Hakim Negara adalah siasatan SPRM tidak mengikut protokol dan tujuan siasatan boleh diragui.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/24/siasatan-sprm-terhadap-nazlan-tak-ikut-protokol-kata-mahkamah-tertinggi/



Walau pun alasan yang diberikan itu dibantah oleh pelbagai pihak, namun Ketua Hakim Negara dilihat bertegas dengan keputusan beliau.

Persoalannya, apakah prinsip kebebasan badan kehakiman itu membawa maksud badan kehakiman bebas melakukan apa sahaja dan meletakkan mereka berada di atas undang-undang?

Di Malaysia sudah ada ‘precedent’ di mana hakim yang didakwa melakukan kesalahan telah didakwa di mahkamah.

19 Oktober 2022, bekas Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kubu Bharu, Azmil Muntapha Abas, dihukum penjara 6 bulan dan denda RM25000 atas sabitan kesalahan rasuah.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2022/10/1014216/rasuah-bekas-hakim-dipenjara-6-bulan

Seluruh Dunia Tidak Meletakkan Badan Kehakiman Berada Di Atas Undang Undang

Di Indonesia pula, pada bulan September 2022, Hakim Mahkamah Agung, Sudrajad Dimyati, ditahan oleh Suruhanjaya Pembasmian Rasuah (KPK), atas dakwaan rasuah.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2022/09/1004119/hakim-mahkamah-agung-indonesia-ditahan-dakwaan-rasuah

Manakala di Kenya, Timbalan Ketua Hakim Kenya, Philomena Mwilu, ditahan pada 28 Ogos 2018 oleh Badan Siasatan Jenayah Kenya atas tuduhan rasuah.

Baca di sini:

https://www.reuters.com/article/ozatp-uk-kenya-corruption-idAFKCN1LD1EY-OZATP



Pihak berkuasa Montenegro pula telah menahan Presiden Mahkamah Agung Montenegro, Vesna Medenica, pada 17 April 2022 atas dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

Baca di sini:

https://balkaninsight.com/2022/04/18/montenegro-arrests-ex-head-of-supreme-court-for-abuse-of-office/

Malah di China yang mengamalkan pemerintahan komunis telah memenjarakan Naib Presiden Mahkamah Agung, Huang Songyu, atas kesalahan rasuah.

Baca di sini:

https://www.theguardian.com/world/2010/jan/19/china-supreme-court-judge-jailed

Kesimpulannya, di seluruh dunia, sistem perundangan tidak meletakkan hakim berada di atas undang-undang hanya dengan berselindung di sebalik prinsip kebebasan badan kehakiman.

Dan sebagaimana yang penulis nyatakan, di Malaysia sendiri sudah ada ‘precedent’ yang menghukum hakim atas kesalahan yang dilakukan.

Dalam dunia ini, hanya Nazlan sahaja yang tidak boleh didakwa, malah tidak boleh disiasat oleh pihak berkuasa!!!

 

Hanya Nazlan Seorang Yang Kebal Dari Undang Undang Di Dunia Ini

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading