Toney bakal digantung FA Inggeris
LONDON: Ivan Toney mengaku bersalah di atas beberapa dakwaan berkaitan pertaruhan oleh Persatuan Bolasepak Inggeris (FA) – dan bakal digantung sebelum akhir musim ini.
Penyerang Brentford itu didakwa atas 262 pertuduhan berkenaan pertaruhan ke atas perlawanan dalam dua siri dakwaan pada November dan Disember tahun lalu.
Pertuduhan berkenaan didedahkan oleh media Inggeris sebelum Piala Dunia dan walaupun FA tidak menghalangnya daripada dipilih oleh Gareth Southgate ke Qatar, pengendali England itu sedar dengan situasi berkenaan dan tidak menyenaraikan Toney.
Difahamkan Toney mengaku bersalah di atas sebahagian pertuduhan tetapi menafikan sebahagian yang lain.