United bangkit singkir West Ham

Manchester, England: Manchester United bangkit menewaskan West Ham United 3-1 dan mara ke suku akhir Piala FA manakala dua pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) Tottenham Hotspur dan Southampton tewas mengejut awal pagi tadi.

Tiga hari selepas mereka menjuarai Piala Liga, Manchester United ketinggalan hasil jaringan Said Benrahma minit ke-54 di Old Trafford tetapi gol sendiri pemain West Ham, Nayef Aguerd serta jaringan lewat Alejandro Garnacho dan Fred membawa tuan rumah ke peringkat lapan terakhir.

“Semangat juang tinggi pasukan ini dan kepercayaan mereka akan menang sangat menakjubkan,” kata pengendali dari Belanda itu kepada ITV.



West Ham yang hanya sekali menang di Old Trafford dalam 22 kunjungan terakhir memanfaatkan kelonggaran pertahanan United untuk meletakkan mereka di depan.

Tomas Soucek bijak mengawal bola di atas garisan dan ketika pemain United merayu untuk lontaran ke dalam, bintang Czech itu menghantar bola kepada Benrahma yang meledak rembatan menewaskan penjaga gol, David De Gea.

United hampir menyamakan kedudukan namun tandukan Casemiro hasil sepakan percuma Bruno Fernandes dibatalkan susulan ofsaid.



Ketika perlawanan tampak diheret ke masa tambahan, penyerang Argentina, Garnacho mengawal bola dalam kotak penalti West Ham sebelum melepaskan rembatan lencung menewaskan penjaga gol, Alphonse Areola.

Pemain Brazil, Fred menambah gol ketiga bagi membolehkan pemenang 12 kali Piala FA itu mara ke pusingan keenam menentang Fulham di tempat sendiri.

“Keyakinan saya sangat tinggi kami mampu menang, mereka cekal dan tidak panik serta bangkit dengan semangat juang yang hebat,” kata Ten Hag.

Reuters



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button