Idrus Harun kekal Peguam Negara
Oleh – Editor
Tan Sri Idrus Harun kekal sebagai Peguam Negara untuk tempoh 6 bulan bermula 6 Mac 2023.
Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong telah berkenan melantik semula Idrus Harun.
Pelantikan semula itu selaras dengan Fasal (1) Perkara 145, Perlembagaan Persekutuan.
Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi media oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato Seri Mohd Zuki Ali.