Penyokong Dortmund baling bom asap kepada pemain Chesela

LONDON: Penyokong Borussia Dortmund didapati membaling balang bom asap kepada pemain Chelsea, Ben Chilwell sehingga memaksa pengadil menghentikan seketika perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara, di sini, semalam.

Insiden di Stamford Bridge itu tercetus beberapa minit sebelum Raheem Sterling meledak gol pertama Chelsea sekali gus mencetuskan kebangkitan The Blues yang mara ke suku akhir dengan agregat 2-1.

Ia berlaku ketika Chilwell mahu mengambil sepakan sudut di hadapan penyokong Dortmund. Beberapa objek dibaling ke arah bek kiri itu dan antara yang kelihatan adalah balang bom asap.



Pengadil, Danny Makkelie menghentikan perlawanan bagi membolehkan objek itu dikeluarkan.

Namun kejadian itu tidak menghalang Chelsea daripada meneruskan rentak apabila Sterling menyamakan agregat dengan gol pada minit ke-43.

Itu bukanlah insiden pertama membabitkan bom asap dengan pengulas turut merungut mereka sukar untuk menyaksikan perlawanan di padang selepas bom asap dibebaskan pada awal permainan.

AGENSI




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading