Milan layak ke suku akhir Liga Juara-Juara

London: Antonio Conte berkata Tottenham masih memerlukan masa untuk menjadi pasukan gergasi Eropah selepas tersingkir pada pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan kekalahan agregat 0-1 kepada AC Milan selepas sekadar seri 0-0 pagi tadi.

Penyingkiran di peringkat Eropah selepas tersingkir daripada Piala FA bermakna penantian 15 tahun Spurs untuk memenangi trofi akan berlanjutan sekurang-kurangnya satu musim lagi.

Kembalinya Conte membimbing pasukan gagal memberi inspirasi kepada anak buahnya kerana Tottenham tidak bagitu mengancam dalam melakukan serangan dan terpaksa bermain 10 orang pada 12 minit terakhir apabila Cristian Romero dilayangkan kad merah.



“Saya benar-benar mahu minta maaf kepada peminat, tetapi kami tidak boleh mencipta kemenangan atau mengharapkan keajaiban suatu hari nanti bahawa trofi akan berjaya diraih,” kata Conte.

“Kami perlu membina pasukan dan bersabar. Saya faham penyokong tidak mempunyai kesabaran kerana sudah lama Tottenham tidak menang.”

Kemenangan membawa Milan ke suku akhir buat kali pertama sejak 2012.

“Kami berhak mendapat keputusan ini, walaupun kami boleh menjaringkan lebih banyak gol,” kata penyerang Milan, Olivier Giroud.



“Kami menunjukkan kualiti, semangat, dan kami boleh menang malam ini juga.”

Sepak mula ditangguhkan 10 minit selepas ketibaan kedua-dua pasukan terjejas kerana kesesakan lalu lintas, tetapi ia mengambil masa yang lebih lama untuk perlawanan itu bermula.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button