Pelik , Kerajaan pimpinan Ismail Sabri tidak jumpa penyelewengan Bersatu yang kerajaan Anwar jumpa.

 

Oleh Adam Malik 

Bagaimana kerajaan Anwar Ibrahim boleh dapati berpuluh puluh kes , malah terpaksa cari yang paling besar dan melebihi 75% peratus keyakinan untuk menang dimahkamah untuk didakwa , tetapi kerajaan Ismail Sabri tidak jumpa satu kes pun?



Datuk Seri Ismail Sabri perlu menjawab hal ini supaya tidak dituduh bersekongkol dan melindung rasuah.

Lebih teruk jika tidak menjawab boleh dituduh sebagai talibarut Muhyiddin Yassin dan parti Bersatu.

Ia juga membuktikan perjanjian sulit itu benar.

Selain tidak buka siasatan , kerajaan Ismail Sabri juga tidak menekan supaya kes tergantung berprofil tinggi ia itu kes rasuah Bekas Gabenor Zeti Aziz dan Hakim Nazlan juga tidak ditekan untuk diakwa walau siasatan sudah lengkap.



DSIS tidak perlu campur tangan dalam urusan dalam perbicaraan hanya cukup untuk memastikan keadilan dan undang undang dilaksana kan dengan mengarah kes dibuka.

Kini apabila terdapat banyak penyelewengan dilakukan oleh Parti Bersatu dan PAS (JanaWibawa dan Tebatan Banjir) mula didakwa satu persatu , integriti DSIS berada didalam persoalan.

Maka, tidak silap lah jika ramai ahli UMNO mula persoal kesetian DSIS sendiri dan kecenderungan melindung sekutu dalam Bersatu.



Maka tidak salah lah seruan pelbagai pihak dalam UMNO diketuai Presiden bagi tujuan pemilihan menasihati para perwakilan supaya jangan tersilap pilih calon Broker atau Proksi yang mereka pasang pada jawatan Naib Presiden dan MKT kerana mereka mereka ini berpotensi membuat usul untuk membantu sekutu mereka dalam Bersatu dan PN bebas dari kes mahkamah.

Dengan menang beberapa kerusi MKT dan Naib mereka akan membuat ‘dealing’ dengan PH supaya ‘drop’ kes kes terhadap penyamun dari PN sebagai membalas budi dan setiakawan atau mereka ugut akan lari ke Perikatan Nasional.

Kembali kepada topik di atas, DSIS seharus menjawab kegagalan kerajaan nya membuka siasatan dan adakah DSIS bersekongkol lindung penyelewengan PN?

Ia juga mungkin pembukti ia bukan kerajaan UMNO tetapi kesinambungan kerajaan Muhyiddn yang peralatkan DSIS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button