Patutlah menang, penjaga gol Penang guna ‘toyol’

Kuala Lumpur: Siapa sangka di sebalik ketangkasan penjaga gol Penang FC, Syafiq Afifi Suhaimi ketika membawa pasukannya ke pusingan kedua Piala FA, rupa-rupanya pemain itu menyimpan ‘toyol’ di pergelangan tangannya.

Taktik yang digunakan Syafiq itu ‘kantoi’ apabila tular gambar sehelai kertas terselit pada sarung tangan penjaga gol itu yang digunakannya pada aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman itu.

Kertas tersebut dilihat mengandungi nama barisan pemain Kedah serta kemungkinan arah sepakan penalti yang akan dilakukan oleh mereka.

Hasilnya, pemain berusia 23 tahun itu berjaya menyelamatkan sepakan penalti Lee Tuck dan Ciger untuk membawa pasukan Harimau Kumbang ke pusingan berikutnya selepas terikat 2-2 selepas masa tambahan.

Bagaimanapun taktikal yang diguna pakai Syafiq itu bukanlah perkara yang baru memandangkan penjaga gol Norwich, Tim Krul pernah menggunakannya ketika menentang Tottenham dalam aksi Piala FA pada tahun 2020.

Berbeza dengan Syafiq, penjaga gol Belanda itu melilit senarai itu di botolnya dan diletakkan di tepi gawangnya dan berjaya menang sepakan penalti itu

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button