Budak lelaki ditemukan tanpa alat sulit

Cape Town: Malang nasib yang menimpa kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Afrika Selatan, apabila dipotong alat sulitnya dan hampir maut apabila dibiarkan kesakitan dalam parit.

Mirror UK melaporkan, kanak-kanak lelaki yang parah itu ditemukan keadaan terbaring dengan berlumuran darah di dalam belukar ketika penduduk tempatan yang mengejar dua penjenayah selepas mendengar mangsa menjerit meminta tolong.

Penduduk tempatan menyangka kanak-kanak itu ditikam, namun terkejut apabila mendapati murid sekolah itu dipotong kemaluannya.



Kanak-kanak itu hampir maut akibat kehilangan darah apabila ditemukan di tanah terbiar berhampiran lombong emas di penempatan haram Blue Skye.

Penduduk tempatan berang apabila mendengar berita itu di bandar Boksburg di Wilayah Gauteng dan membawa ketakutan kepada ibu bapa.

“Siapa yang menganiaya anak kecil itu sangat kejam.

“Menyembur lada kepada kanak-kanak itu sudah cukup buruk tetapi memotong kemaluannya adalah tindakan biadab dan mangsa akan mengalami masalah mental sepanjang hayatnya.



“Saya mengenali kanak-kanak lelaki itu dan dia sering berada di sekeliling mencari sedikit makanan, sentiasa tersenyum serta sopan orangnya.

“Dia ditemukan di padang tanpa alat sulit, dan tidak dapat melihat dengan baik akibat semburan lada yang amat menyakitkan,” kata seorang penduduk yang enggan namanya didedahkan.

Sementara itu, Komander Balai Polis Afrika Selatan Boksburg, Kolonel Matshidiso Mbele mengesahkan kejadian itu dan polis sedang menyiasat kes atas dakwaan cubaan membunuh.

Bagaimanapun, Mbele enggan mengulas mengenai kecederaan mengerikan kanak-kanak lelaki itu.



Agensi

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button