Boleh Guna 7 Cara Ini Untuk Kentut, Buang Angin Perut

“Rimasnya bila perut rasa sebu dan senak ni, apa cara buang angin perut ni eh?”

Memang agak merimaskan dan tidak selesa jika perut rasa kembung dan senak terutama sekali jika perut kosong. Mulalah rasa pening kepala kerana badan dah dipenuhi dengan angin. Masalah ini berlarutan bukan sahaja dalam tempoh sehari malah hampir setiap hari mengalami situasi yang sama.

Jadi, ini merupakan 7 cara yang  boleh digunakan atas saranan pakar supaya muka dan badan anda tak kembung seperti belon setiap hari!



CARA BUANG ANGIN PERUT, BARULAH TAK SENAK

Ingat!! Angin perlu dibuang umpama masa lalu kau dan dia! Mungkin ada yang cadang untuk cuba mengeluarkan angin dalam perut itu dengan sendawa/kentut namun ia tidak semudah yang disangka! Jom saya kongsikan tips mudah untuk buang angin dalam perut!

1. Yoga

Anda boleh cuba beberapa teknik yoga seperti Child Pose, Happy Baby Pose atau Squat yang dipercayai mampu membantu anda membuang angin!

2. Cuba bergerak atau berjalan lebih banyak



Aktiviti fizikal sememangnya boleh membantu melancarkan pergerakan dalam sistem penghadaman anda lantas memudahkan pengeluaran najis serta angin dalam perut.

3. Pengambilan probiotik

Probiotik adalah sejenis bakteria baik yang hidup dalam usus dan perut yang boleh membantu anda meregulasikan bakteria kolon yg membawa angin.

Boleh dapatkan di suplemen daripada klinik, farmasi ataupun mengambil makanan dan minuman yang mengandunginya.



4. Mandi dengan air suam atau panas

Haba yang anda boleh dapat daripada mandi air suam atau panas dipercayai mampu melegakan rasa tidak selesa pada perut dan abdomen angkara angin.

5. Sapu minyak angin atau pati pada perut



Kajian pada tahun 2016 menunjukkan bahawa gabungan sapuan ekstrak fennel dan curcumin pada perut kembung adalah berkesan untuk melegakan gejala-gejalanya.

6. Urut perlahan perut & abdomen

Ia boleh dibuat dengan cara:

1. Letakkan tangan pada atas tulang pinggang



2. Sapukan sedikit minyak agar ia lebih licin

3. Urutkan dengan gerakan membulat dengan tekanan yang ringan pada sebelah kanan dan kiri tulang rusuk

4. Ulangkan pergerakan ini dengan perlahan jika perlu

7. Elak tabiat mengunyah gula-gula getah



Akhir sekali, cara membuang angin dalam perut ini mungkin nampak remeh namun ketahuilah bahawa gula-gula getah juga adalah punca utama angin dalam perut!

*Boleh cuba supaya perut pun dah tak senak lagi…

Sumber: Twitter @DrSamhan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button