DBKL serbu ‘Kedai’ urut dan hiburan

KUALA LUMPUR: Tiga premis yang menjalankan aktiviti urut dan hiburan diarah tutup serta merta dalam serbuan dilakukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Brickfields dan Sri Petaling Jumaat lalu.

Dua premis ditutup mengikut Seksyen 101(1)(v) Akta Kerajaan Tempatan 1976, manakala satu lagi mengikut Akta Hiburan (WPKL) 1992.

Menurut DBKL dalam satu kenyataan, kesalahan yang dilakukan adalah beroperasi tanpa lesen sah serta aktiviti bar dan hiburan tanpa lesen.



Tindakan notis, kompaun, sitaan serta penutupan premis serta merta dikenakan.

“Jumlah tindakan yang dilakukan adalah sebanyak empat premis sudah disemak dan juga empat premis dikenakan notis kompaun,” katanya

Terdapat dua notis yang dikeluarkan mengikut Undang-Undang Kecil (UUK) 3(1) UUK Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, satu notis mengikut UUK 22(1)(d) UUK Petempatan Makanan (WPKL) 2016 dan satu notis Pemberitahu Tentang Kesalahan (NPTK) Akta Hiburan (WPKL) 1992 Di bawah Seksyen 4 (1)(a) & 4(1)(b).



Sitaan juga dilakukan terhadap satu premis membabitkan sitaan terhadap barangan berkaitan pengoperasian, premis hiburan dan terdapat dua lagi premis yang disita membabitkan barangan berkaitan pengoperasian, premis tidak bermoral.

Jumlah pekerja ataupun pelayan yang bukan warganegara didapati adalah sebanyak 9 orang pekerja wanita.



BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button