500 warga Britain meninggal akibat kelewatan perkhidmatan ambulans

500 warga Britain meninggal akibat kelewatan perkhidmatan ambulans

500 warga Britain meninggal akibat kelewatan perkhidmatan ambulans
PASUKAN paramedik berada bersama pesakit di dalam ambulans yang diparkir di luar sebuah hospital di London. – AFP

LONDON: Satu laporan penyiasatan mendedahkan sekurang-kurangnya 500 individu yang sakit tenat meninggal dunia tahun lalu selepas terpaksa menunggu lebih lama untuk perkhidmatan ambulans di Britain.

Lapor Daily Mail, pesakit jantung, strok dan mangsa nahas jalan raya merupakan antara individu yang meninggal dunia akibat kelewatan perkhidmatan itu.

Bagi setiap satu daripada 511 kes direkodkan di England, pasukan kecemasan 999 gagal tiba di tempat kejadian dalam masa respons yang ditetapkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS).



Data yang mendedahkan kesan krisis penjagaan kecemasan NHS itu dilaporkan lebih dua kali ganda berbanding jumlah 220 kematian yang dicatatkan pada tahun 2021.

Kelewatan perkhidmatan ambulans mencapai tahap rekod tertinggi pada tahun lalu ketika sistem kesihatan lumpuh akibat tiada kekosongan katil sehingga memaksa pasukan paramedik menunggu bersama pesakit mereka di luar hospital berbanding menjawab panggilan kecemasan.

NHS tidak mengulas mengenai data itu namun menyifatkannya sebagai `tekanan luar biasa’ disebabkan beberapa masalah seperti permintaan tinggi, kes jangkitan Covid-19 dan selesema dan mogok kakitangan kesihatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Sementara itu, Presiden Kolej Diraja Perubatan Kecemasan, Dr. Adrian Boyle menyifatkan 500 kes kematian direkodkan disebabkan kelewatan ambulans pada tahun lalu adalah sesuatu yang tragis dan boleh dielakkan.



“Angka ini amat membimbangkan, malah jumlah itu bersamaan dengan kes kematian dilaporkan untuk nahas pesawat terhempas,” katanya.

Laporan penyiasatan dijalankan oleh The Guardian mengumpul data daripada beberapa persatuan ambulans berhubung kes kematian akibat kelewatan perkhidmatan dan meneliti keputusan inkues koroner.

Bagaimanapun, jumlah 511 kes yang direkodkan dijangkakan rendah dengan angka sebenar mungkin jauh lebih tinggi.

Dilaporkan, hanya tiga daripada 10 perkhidmatan ambulans England mengemukakan data penuh untuk tempoh dua tahun lalu.



Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

500 warga Britain meninggal akibat kelewatan perkhidmatan ambulans


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button