Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

PAS sejak tahun 1970an mula menjadikan agama sebagai perisai dan alat parti tersebut.

Selepas perletakkan jawatan Mohd Asri Hj Muda sebagai YDP PAS beliau dimarakbar oleh para pemimpin lulusan Timur Tengah.

PAS dilihat mengambil pendekatan ekstrem seawal tahun 1980’an.



Bermula daripada kepimpinan baharu, PAS memulakan penggunaan politik agama untuk melawan musuh politiknya yakni Umno.

Setelah kepimpinan PAS bertukar, wujud ceramah politik yang menyerang UMNO sehingga tercetusnya apa yang dipanggil Amanat Haji Hadi di Banggol Peradong Kuala Terengganu.

Waktu itu PAS baharu sahaja kehilangan kuasa pemerintahannya di Kelantan.

Pada tahun 1978 berlaku perselisihan politik dalaman PAS serta krisis bersama UMNO ketika menjadi parti komponen Barisan Nasional.



Ekoran daripada itu tercetusnya isu kafir mengkafir terhadap kepimpinan dan ahli UMNO.

Puncak ekstrem PAS menyaksikan tercetusnya tragedi Memali pada tahun 1982 yang mengorbankan Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya dan juga 8 anggota polis.

Untuk mengatasi masalah ini kerajaan telah mengeluarkan Kertas Putih.

Kerajaan Mesti Mengambil Tindakan Tegas

Kini, bibit-bibit kearah itu mula dikesan.

PAS bukan sahaja menyerang Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.

Malah berani menyanggah titah YDP Agong dan Raja-Raja Melayu berkaitan nasihat baginda terkait dengan kestabilan politik dan isu tauliah kepada penceramah yang ingin berceramah di masjid dan surau di negeri -negeri berkaitan.

Jika kerajaan hari ini tidak mengambil langkah tegas berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada, tidak mustahil peristiwa Memali 2.0 akan kembali berlaku.

Berpolitiklah secara matang dan professional.

Tinggalkan kejumudan dalam politik.

Rakyat dah letih dengan permainan politik 24 jam.

Akurlah keputusan institusi tertinggi negara.

Jika PH boleh sabar dengan Tebuk Atap 1.0 dahulu, kenapa pihak Pas tidak boleh sabar untuk menunggu PRU16 tidak lama lagi, yakni kurang 5 tahun.

Utamakan negara dan rakyat.

Pemimpin adalah ikutan rakyat.

Rakyat sedang menilai.

Kasihanilah ahli PAS yang selama ini begitu setia berkorban untuk satu perjuangan yang mereka sangkakan suci.

Kredit Dr Abu

 

Jangan Jadikan Agama Sebagai Perisai Untuk Halalkan Politik Kotor

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker