Apa Motif Ismail Sabri Mempersoalkan Keabsahan Jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

Apa Motif Ismail Sabri Mempersoalkan Keabsahan Jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

Apa Motif Ismail Sabri Mempersoalkan Keabsahan Jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

Pemimpin UMNO yang pertama mencetuskan isu keabsahan jawatan presiden dan timb presiden UMNO yang tidak dipertandingkan adalah Ismail Sabri.

Malah dalam sidang media yang beliau lakukan ketika PAU 2022, beliau mencadangkan supaya perkara ini dibawa kepada RoS.

Tidak berhenti setakat itu.

Apabila presiden UMNO, DS Zahid mengumumkan bahawa Menteri KDN telah berikan pengecualian kepada UMNO, Ismail Sabri masih lagi tidak berpuas hati.

Beliau telah mencabar DS Zahid supaya mengemukakan bukti dengan menunjukkan surat tersebut.

Menyahut cabaran yang dibuat oleh Ismail Sabri, DS Zahid mengumumkan, Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan akan menyiarkan surat tersebut.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/06/sebelum-mahu-surat-kelulusan-ros-di-dedahkan-ismail-sabri-mesti-dedahkan-dahulu-perjanjian-sulit-beliau-dengan-muhyiddin/

Tetapi belum sempat DS Ahmad Maslan menyiarkan surat tersebut, Menteri KDN, Saifuddin Nasution sendiri sudah menyiarkannya.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/07/menteri-kdn-sahkan-kenyataan-ds-zahid-berhubung-keputusan-ros/

Persoalan yang bermain di minda penulis, apa motif sebenar Ismail Sabri mempolemikkan isu keabsahan jawatan presiden dan timb presiden UMNO?

Bukankah beliau sendiri yang yang telah bersetuju dengan usul khas yang dibawa oleh perwakilan semasa PAU 2022?

Mengapa sebaik sahaja keluar dari dewan persidangan, beliau membuat u-turn?

Bukankah sebagai Naib Presiden UMNO, beliau boleh membuat bantahan secara terbuka di dalam dewan persidangan ketika usul khas tersebut dibuat?

Apakah beliau mahu membuat tuduhan terbuka dan memburukkan imej parti kepada orang luar parti?

Atau mungkinkah beliau sudah hilang kepercayaan kepada parti dan kepimpinan parti UMNO?

Sekiranya itu motif Ismail Sabri, adalah lebih baik beliau meninggalkan UMNO secara terhormat.

Biar Lembut Tapi Jangan Lembik

Beliau mesti sedar, sepanjang beliau menjadi perdana menteri, beliau telah dinobatkan sebagai perdana menteri paling lembik dalam sejarah Malaysia.

Tidak berani membuat keputusan sendiri, sering teragak-agak dalam memnentukan dasar negara dan sentiasa mengikut arahan dari pihak tertentu untuk membuat keputusan.

Seperti yang dikatakan rakan penulis, biar lembut tapi jangan lembik.

Akar umbi UMNO masih belum melupakan beberapa siri pengkhianatan Ismail Sabri terhadap UMNO.

Nasihat penulis, sebelum beliau dibuang dengan cara tidak bermaruah, adalah lebih baik beliau keluar dari UMNO dengan cara berhemah!!!

 

Apa Motif Ismail Sabri Mempersoalkan Keabsahan Jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker