Sebelum Mahu Surat Kelulusan RoS Di Dedahkan, Ismail Sabri MESTI Dedahkan Dahulu Perjanjian Sulit Beliau Dengan Muhyiddin

Sebelum Mahu Surat Kelulusan RoS Di Dedahkan, Ismail Sabri MESTI Dedahkan Dahulu Perjanjian Sulit Beliau Dengan Muhyiddin

Presiden UMNO, DS Zahid mengumumkan bahawa RoS akur dengan ketetapan Menteri Dalam Negeri supaya UMNO diberikan pengecualian dari seksyen 13(1)(c)(14).

Ianya melalui seksyen 70 Akta Pertubuhan 1996 berhubung dengan usul tambahan yang telah diluluskan oleh PAU 2022.

Ianya berkaitan jawatan presiden dan timb presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan dalam pemilihan parti 2023.

Menteri Dalam Negeri mempunyai kuasa eksekutif untuk memberikan pengecualian kepada mana-mana pertubuhan dari mematuhi ketetapan seksyen 13(1)(c)(14) atas sebab yang munasabah.

Ekoran dari itu, Naib Presiden UMNO, Ismail Sabri, menuntut supaya UMNO menunjukkan surat kelulusan RoS tersebut.

Menurut Ismail Sabri kerana kononnya sehari sebelum pengumuman itu dibuat, beliau mendapat maklumat RoS sudah menolak resolusi tersebut.

Jadi kononnya untuk mengelakkan kekeliruan, maka Ismail Sabri menuntut supaya DS Zahid mendedahkan surat kelulusan RoS itu.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/657409

Sebagai respon dari apa yang dikatakan oleh Ismail Sabri, presiden UMNO, DS Zahid telah mengumumkan UMNO akan menerbitkan surat kelulusan tersebut.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/657413

Menurut DS Zahid, beliau sudah mengarahkan Setiausaha Agung UMNO, DS Ahmad Maslan, supaya menerbitkan surat kelulusan RoS tersebut.

Bagi penulis, agak menghairankan apabila melihat kepada sikap Ismail Sabri.

Apakah beliau tidak rasa malu untuk menuntut DS Zahid mendedahkan surat kelulusan RoS.

Sedangkan ketika terbongkar ada oerjanjian sulit antara beliau dengan Muhyiddin, beliau tidak berani mendedahkannya hingga ke hari ini.

Malah beliau menipu kesemua ahli MKT UMNO yang meminta kepastian dari beliau sama ada benar atau tidak adanya perjanjian tersebut.

Dan apabila ditanya wartawan mengenai perkara itu, beliau hanya menjawab, itu adalah perkara lama yang tidak perlu diungkit lagi.

Kita semua tahu ianya perkara lama, tetapi kita mahu tahu, apakah kandungan perjanjian yang telah beliau tandatangani bersama Muhyiddin?

Mengapa tidak didedahkan hingga ke hari ini?

 

Sebelum Mahu Surat Kelulusan RoS Di Dedahkan, Ismail Sabri MESTI Dedahkan Dahulu Perjanjian Sulit Beliau Dengan Muhyiddin

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker