Ismail Sabri Bukan Protes Atau Merajuk Tapi Takut Kalah

Ismail Sabri Bukan Protes Atau Merajuk Tapi Takut Kalah

Ismail Sabri Bukan Protes Atau Merajuk Tapi Takut Kalah

Naib Presiden UMNO yang paling kanan, Ismail Sabri mendakwa beliau bukan protes atau merajuk kerana membuat keputusan tidak mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.

Tetapi menurut Ismail Sabri, keputusan itu beliau buat kerana kononnya beliau adalah seorang yang berprinsip.



Kononnya beliau bukanlah orang yang cakap lain tetapi buat perkara yang tidak sama dengan apa yang beliau katakan.

Tambah beliau, keputusan itu dibuat kerana kononnya pendirian beliau bertentangan dengan keputusan UMNO tidak mempertandingkan 2 jawatan tertinggi parti.

“Bagi saya perlembagaan parti menetapkan bahawa semua jawatan dalam Umno mesti dipertandingkan tiga tahun sekali”.

“Itu ditetapkan perlembagaan, MT (Majlis Tertinggi) PAU (perhimpunan agung Umno) tak boleh buat keputusan yang bertentangan dengan perlembagaan (parti),” dakwa beliau.



Ismail Sabri turut memberitahu dia akan terus menegur parti dari luar walaupun tidak berada dalam barisan pimpinan atasan.

Bukan Protes Atau Merajuk Tapi Takut Di Malukan

Bagi penulis, kenyataan yang dibuat oleh Ismail Sabri itu kedengaran berbelit-belit.

Beliau mendakwa tidak mahu bertanding kerana tidak setuju dengan keputusan parti tidak membuat pertandingan ke atas 2 jawatan tertinggi parti.

Tetapi dalam masa yang sama, Ismail Sabri mengatakan keputusan beliau tidak mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO bukan kerana protes.



Tidak bersetuju dengan membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan yang disandang adalah perbuatan protes terhadap keputusan parti.

Pada pandangan penulis, alasan Ismail Sabri sebagai seorang yang berprinsip dengan mengotakan apa yang dikata adalah alasan klishe.

Akar umbi UMNO masih tidak boleh melupakan bagaimana sebaik sahaja keluar dari Dewan WTC, beliau membuat kenyataan yang berbeza dengan apa yang beliau katakan di hadapan perwakilan.

Bukan sekali beliau lakukannya, tetapi berkali-kali!!!



Bagi penulis, Ismail Sabri sebenarnya takut dimalukan sekiranya menerima kekalahan besar sekiranya beliau cuba pertahankan jawatan naib Presiden UMNO.

Beliau sedar, majoriti akar umbi UMNO sangat marah terhadap beliau atas sikap telunjuk lurus tetapi kelingking berkait yang beliau tunjukkan selama ini.

Kalau benar seorang yang berprinsip, Ismail Sabri sepatutnya juga tidak pertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera.

Kenapa beliau masih lagi mahu pertahankan jawatan Ketua UMNO Bahagian Bera?



Kerana beliau yakin boleh menang.

Tetapi sekiranya beliau cuba pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, beliau yakin akan kalah dan dimalukan.

Jadi, dari dimalukan, lebih baik tidak pertahankan jawatan tersebut!!!

 



Ismail Sabri Bukan Protes Atau Merajuk Tapi Takut Kalah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button