Apa Nasib MCA Dan MIC Dalam Pilihanraya Negeri?

Apa Nasib MCA Dan MIC Dalam Pilihanraya Negeri?

Apa Nasib MCA Dan MIC Dalam Pilihanraya Negeri?

Presiden MCA, Wee Kah Siong, merayu agar parti tersebut tidak dipinggirkan dari arus perdana pentas politik negara.

Dalam satu lapuran oleh Malaysia Gazette, Wee Kah Siong berkata, usah biarkan sinar bintang MCA terus malap.

Baca di sini:



https://malaysiagazette.com/2023/03/06/usah-biarkan-sinar-bintang-mca-terus-malap/

Wee Kah Siong membayangkan ada 2 kemungkinan bagi MCA dalam menghadapi pilihanraya negeri yang akan datang.

Pertama, MCA berkemungkinan tidak akan bertanding dalam mana-mana kerusi DUN di 6 negeri tersebut.

Ini adalah kerana MCA sememangnya tidak mempunyai sebarang kerusi DUN di 6 negeri tersebut.



Kemungkinan kedua pula, Wee Kah Siong berkata, ada kemungkinan MCA akan bertanding dengan menggunakan lambang sendiri dan tidak menggunakan lambang BN.

Penulis terpanggil untuk mengulas ‘duka lara’ yang sedang dihadapi oleh presiden MCA, Wee Kah Siong.

Seharusnya Wee Kah Siong bermuhasabah dan mencari punca mengapa parti yang beliau pimpin itu berada dalam keadaan tersepit.

Kalau beliau lupa, suka penulis ingatkan semula.

Segala-galanya berpunca dari sikap tiada semangat setiakawan yang beliau tunjukkan terhadap UMNO sepanjang beliau memimpin MCA.

Pada tahun 2018, ketika kali pertama UMNO menerima kekalahan dalam PRU 14, apa yang Wee Kah Siong lakukan?

Beliau mengugut untuk membawa keluar MCA dari BN sekiranya presiden UMNO yang dipilih oleh akar umbi UMNO tidak berundur.

Tindakan beliau dituruti oleh MIC melalui presiden MIC, S. A. Vigneswaran.

Ibarat kacang yang lupakan kulit, beliau membakul sampahkan segala pertolongan yang telah UMNO berikan kepada MCA dalam PRU 14.

Tidak keterlaluan sekiranya dikatakan kerusi parlimen Ayer Hitam yang beliau menangi itu adalah ehsan dari akar umbi UMNO.

Ini adalah kerana majoriti pengundi Ayer Hitam adalah pengundi Melayu.

Begitu juga dengan kemenangan MCA di parlimen Tg Piai apabila pilihanraya kecil diadakan.

Kalau hendak harapkan MCA menang di kawasan yang majoriti pengundinya adalah pengundi Cina, adalah ibarat jauh panggang dari api.

Tiada Semangat Setiakawan MCA Dan MIC Akan Membunuh Parti Mereka Sendiri

Kisah pengkhianatan MCA dan MIC terhadap UMNO tidak berkahir di situ.

Selepas PRU 15, sekali lagi presiden MCA dan MIC sekali lagi bertindak memberikan sokongan kepada musuh UMNO tanpa berbincang dengan pengerusi BN, DS Zahid Hamidi.

Malah dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi BN, mereka bertindak di luar peradaban apabila dengan keras menuntut DS Zahid berundur.

Alasan yang mereka berikan adalah DS Zahid mesti bertanggungjawab atas kekalahan BN dalam PRU 15.

Sedangkan mereka lupa, parti mereka sendiri tidak menunjukkan sebarang peningkatan sokongan dan hanya memenangi 3 kerusi parlimen.

Sikap Wee Kah Siong yang sering memberikan kritikan terbuka terhadap Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, juga dilihat menyulitkan lagi keadaan.

Sekiranya beliau mengambil pendekatan yang lebih mesra terhadap DAP, mungkin ada ehsan dari DAP untuk memberikan MCA dan MIC beberapa kerusi dalam pilihanraya negeri.

Kini, apa yang penulis nampak, pintu sudah tertutup rapat untuk MCA dan MIC dalam pilihanraya negeri.

Malah, nasib yang sama juga menanti mereka dalam PRU 16 yang akan datang.

Tidak perlu salahkan orang lain kerana mereka sendiri yang lupa mencerminkan diri mereka sebelum bertindak besar kepala!!!

 

Apa Nasib MCA Dan MIC Dalam Pilihanraya Negeri?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker