Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong

Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong

Semalam penulis mendedahkan bagaimana presiden PAS, Hadi Awang derhaka kepada titah DYMM Sultan Terengganu.

Hadi Awang bukan setakat tidak akur dengan titah DYMM Sultan Terengganu, malah beliau memperlekehkan titah baginda Sultan Terengganu.

Baca di sini:



https://my-tv.online/2023/03/06/hadi-awang-derhaka-kepada-titah-dymm-sultan-terengganu/

Dan kini Hadi Awang sekali lagi bukan sahaja derhaka, malah dilihat memperlekehkan titah DYMM SPB YDP Agong.

Di dalam titah pembukaan persidangan parlimen penggal ke 16, DYMM SPB YDP Agong, Al Sultan Abdullah, sekali lagi bertitah agar ahli politik berhenti berpolitik.

Baginda menyeru kepada semua ahli politik supaya bersama-sama menumpukan perhatian untuk menangani derita rakyat dan masalah ekonomi negara.



Baginda juga berharap supaya kerajaan yang ada sekarang, yag didirikan dengan mandat rakyat akan kekal sehingga ke hujung penggal.

DYMM SPB YDP Agong tidak mahu kejadian negara mendapat 3 orang perdana menteri dalam satu penggal berulang kembali.

Kerana menurut baginda, sekiranya itu berlaku, yang akan menjadi mangsa adalah rakyat.

Serta yang akan menderita kehidupan mereka adalah rakyat.

Sebagai ahli politik yang juga merupakan rakyat baginda, seharusnya titah baginda itu dijunjung.

Ironiknya, Hadi Awang, dengan segala kesombongan dan keangkuhan, memperlekehkan titah DYMM SPB YDP Agong.

Hadi dengan sombongnya mengatakan PN berhak untuk merampas kerajaan yang memerintah sekarang.

Sama ada secara pilihanraya atau majoriti sokongan ahli parlimen.

Malah, Hadi Awang mengatakan bahawa titah baginda itu bukanlah undang-undang yang perlu ditaati.

Dan ianya (usaha merampas kerajaan) tidak bercanggah dengan prinsip demokrasi!!!

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/06/pn-berhak-rancang-rampas-kerajaan-kata-hadi/

Malaysia Adalah Negara Yang Mempunyai Undang Undang

Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong

Hadi Awang dinasihatkan supaya tidak terlalu sombong dan beliau mesti ingat, negara ini adalah negara yang mempunyai undang-undang.

Seksyen 124(b) Kanun Keseksaan menyatakan:

Barang siapa, dengan apa cara, secara langsung atau tidak, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen boleh dihukum dengan penjara sehingga 20 tahun.

Manakala Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan pula menyatakan:

Barang siapa yang melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.

Atau melakukan apa-apa perbuatan sebagai persediaan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 15 tahun.

Baca di sini:

https://malaysiagazette.com/2020/05/31/kuatkuasakan-seksyen-124b-seksyen-124c-kanun-keseksaan/#:~:text=Seksyen%20124B%20menyatakan%3A%20%E2%80%9CBarang%20siapa,yang%20boleh%20sampai%2020%20tahun.%E2%80%9D

Dengan pengakuan Hadi Awang, jelas beliau boleh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 124(c) Kanun Keseksaan.

Dan sekiranya sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara hingga 15 tahun.

Jangan lupa, beliau juga boleh ditahan di bawah SOSMA.

5 kesalahan yang boleh ditahan di bawah SOSMA adalah:

  1. menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu;
  2. membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong;
  3. memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya;
  4. mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang;
  5. Dan Parlimen berpendapat bahawa adalah perlu tindakan itu dihentikan.

Sebagai ahli politik yang sudah lanjut usia, Hadi Awang seharusnya berfikiran lebih matang dan mementingkan kepentingan rakyat dan negara dari kepentingan peribadi.

Jangan nanti apabila tindakan diambil, kerajaan pula dipersalahkan.

 

Selepas Derhaka Titah Sultan Terengganu, Kini Hadi Derhaka Titah Agong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker