Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM

Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM

Sebaik sahaja Barisan Nasional (BN) tewas dalam PRU 14, DS Najib, telah mengambil tanggungjawab moral dengan meletakkan semua jawatan politik utama yang beliau pegang ketika itu.

Antaranya, jawatan Presiden UMNO dan juga Pengerusi Barisan Nasional.



Alasan yang diberikan oleh DS Najib adalah sebagai pemimpin, beliau perlu mengambil tanggungjawab moral di atas kekalahan BN.

Itu adalah sikap seorang pemimpin yang berjiwa besar dan memegang teguh atas prinsip yang beliau pegang.

Apabila DS Najib mula didakwa di mahkamah, beliau secara terbuka memberitahu bahawa beliau tidak mahu UMNO atau pun rakyat diheret bersama dengan kes beliau.

Segala-galanya akan beliau hadapi dan tanggung sendiri.



Apakah DS Najib boleh dikatakan sebagai sombong apabila berkata sebegitu?

Tidak, beliau berkata begitu kerana beliau sedar, peperangan yang sedang berlaku adalah antara beliau dan musuh politik beliau.

Bukannya peperangan antara parti dan rakyat dengan musuh politik beliau.



Apabila Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan, dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan meminta dan menerima rasuah, beliau dilihat mengambil tindakan yang serupa.

Beliau telah mengumumkan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan PPBM atas tanggungjawab moral.

Walau apa pun alasan yang beliau berikan, namun keputusan beliau harus dipuji kerana tidak mahu PPBM turut terpalit dengan kes mahkamah yang sedang dihadapi.

Oh Abahkau

Dan kini, apabila pengerusi Perikatan Nasional yang juga merupakan presiden PPBM, Muhyiddin Yasin diheret ke mahkamah, ceritanya berbeza.



Beliau dilihat enggan melepaskan jawatan sebagai pengerusi Perikatan Nasional dan juga presiden PPBM.

Beliau memberikan alasan bahawa jawatan yang beliau pegang adalah jawatan yang dipilih dan bukannya jawatan yang dilantik.

Jadi beliau tidak perlu meletak jawatan tetapi menyerahkannya kepada ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM untuk menentukannya.



Perlembagaan PPBM adalah perlembagaan ‘copy & paste’ dari perlembagaan UMNO.

Ahli Majlis Pimpinan PPBM TIDAK mempunyai kuasa untuk memecat atau menggugurkan jawatan yang dipilih kecuali keahlian seseorang itu dipecat.

Apabila keahlian dipecat, maka secara atomatis, semua jawatan, sama ada yang dipilih atau yang dilantik akan turut gugur.

Dan Muhyiddin sangat faham mengenai perkara ini.



Sebab itulah beliau membuat kenyataan, kononnya beliau menyerahkannya kepada ahli MPT PPBM untuk menentukan jawatan parti yang beliau pegang sekarang ini.

Adakah ahli MPT PPBM akan memecat keahlian Muhyiddin Yasin?

Sudah pasti tidak dan Muhyiddinnakan terus kekal sebagai presiden PPBM dan juga pengerusi Perikatan Nasional.

Nampaknya sel sel otak Muhyiddin semakin kuat bersambung…😜😜😜

 

Muhyiddin Beri Helah Untuk Kekalkan Jawatan Presiden PPBM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button