Kluster Broker UMNO masuk gua apabila sekutu Bunga mereka didakwa

 Oleh Adam Malik

Ketika Presiden UMNO hendak dihalau dari jawatannya oleh Kluster Broker, antara naratif yang dimainkan ada lah Presiden UMNO ada kes mahkamah.

Kemudian Kluster Broker cuba gunakan bualan talipon antara Presiden dengan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianatan.

Namun, tiada apa terhasil dari perbualan itu sekadar dua sahabat karib berbual sahaja.

Ini kerana apa apa yang Presiden hendak lakukan berkaitan dasar parti ia terpaksa melalui Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan bukan secara solo seperti Ismail Sabri ambil jawatan Perdana Menteri dari “Tuan”nya Muhyiddin Yassin.

Atas sebab ini juga lah Kluster Broker cuba memasang proksi dari pelbagai bahagian untuk bertanding jawatan MKT supaya boleh buat keputusan yang dikehendaki oleh Kluster Broker.

Kerana mereka tahu MKT yang ada kuasa dan bukan Presiden bersendirian buat keputusan.

Terkini, apabila pemimpin pemimpin Parti Bersatu diseret kemahkamah seorang demi seorang , hairan bin ajaib , tiada pula Kluster Broker membuat bising mendesak pemimpin Parti Bersatu undur diri.

Malah , jika Kluster Broker suka main naratif Presiden ada kes mahkamah, kenapa pula Kluster Broker tidak serang kepimpinan Bersatu supaya berundur?

Ini lah petanda Kluster Broker ini pengkhianat parti.

Selain Pengkhianat di percayai ada sesuatu yang dikongsi oleh Kluster broker bersama sama pemimpin Bunga.

Terbaru apabila Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa  beliau  serahkan sahaja kepada SPRM sama ada mahu siasat JanaWibawa 2.0 ketika Ismail Sabri menjadi Perdana Menteri.

Ia sinambungan JanaWibawa 1.0 dari kerajaan Muhyhiddin Yassin.

Ini membuat bertambah kuat syak wasangka kenapa Kluster Broker amat kuat membela Muhyiddin Yassin.

Azmin Ali juga mula menyerang kerajaan PH/BN dengan kenyataan kenapa orang UMNO yang terbabit JanaWiba 2.0 era Ismail Sabri tidak didakwa?

Sebenar nya Azmin tidak perlu sebut UMNO kerana UMNO tidak terbabit yang terbabit ada lah Kluster Broker dari UMNO.

UMNO tidak mendapat manfaat pun mal,ah pasti Muhyiddin akan marah jika parti UMNO dapat manfaat.

Maka, amat hairan kenapa Kluster Broker tidak menyerang Kkuster Mahkamah Bersatu seperti mereka serang Presiden sendiri.

Ada kah sesuatu yang ahli UMNO seluruh negara tidak tahu ysng Kluster Broker sahaja yang tahu?

Patut lah Kluster Broker lari masuk gua ada yang tidak kena apabila mereka senyap terhadap kes kes pemimpin Bersatu.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker