Muhyiddin Di Dakwa Tetapi Hadi Awang Demam Kura Kura

Muhyiddin Di Dakwa Tetapi Hadi Awang Demam Kura Kura

Muhyiddin Di Dakwa Tetapi Hadi Awang Demam Kura Kura

Hari ini, Muhyidddin diheret ke mahkamah atas pertuduhan melakukan 6 kesalahan salahguna kuasa dan rasuah.

Beliau didakwa dengan 4 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan 2 pertuduhan di bawah AMLA.

Sekiranya sabit kesalahan, Muhyiddin bakal cuti panjang di penjara dan terpaksa membayar yuran percutian yang mencecah puluhan juta ringgit.

Seperti yang penulis nyatakan di dalam tulisan sebelum ini, dijangkakan akan ada lagi pertuduhan ke atas Muhyiddin yang akan menyusul.

Tetapi khabarnya, berita pendakwaan Muhyiddin telah menyebabkan presiden PAS, Hadi Awang, ‘diserang demam kura-kura’.

Hadi Awang kini sedang menghadapi petisyen keputusan PRU 15 bagi parlimen Marang yang beliau menangi tahun lepas.

Barisan Nasional (BN) Terengganu telah memfailkan petisyen tersebut pada 3 Januari 2023 kerana mendakwa terdapat aktiviti rasuah telah dilakukan semasa kempen PRU 15 parlimen Marang.

Usaha Hadi Awang untuk membatalkan petisyen tersebut telah ditolak oleh Mahkamah Pilihanraya kerana mendapati ada prima facie dan tiada kesilapan teknikal atas kes tersebut.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/02/12/mahkamah-tolak-bantahan-hadi-terhadap-petisyen-calon-bn/

Perbicaraan yang sudah bermula dari 6 Mac 2023 lalu dijangka akan berakhir pada 21 Mac 2023.

Sekiranya Hadi Awang didapati bersalah, Mahkamah Pilihanraya boleh membatalkan kemenangan beliau di parlimen Marang.

Tetapi penulis difahamkan, bukan itu yang menjadi kerisauan Hadi Awang.

Apa yang merisaukan beliau adalah, sekiranya Mahkamah Pilihanraya membatalkan kemenangan beliau, maka terbukti beliau telah melakukan rasuah.

Maka ini sudah pasti akan menarik minat SPRM untuk ‘bertanya khabar’ kepada Hadi Awang.

Melalui Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, SPRM sudah pun memberikan ‘salam pengenalan’ kepada Hadi Awang.

Azam Baki pernah menyanggah istilah ‘sedekah’ yang cuba digunakan oleh Hadi Awang untuk menggantikan istilah rasuah.

Malah Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sendiri menyanggah usaha Hadi Awang untuk menghalalkan rasuah dengan penjenamaan semula kepada sedekah.

Semuga kebenaran akan membenamkan kebatilan di bawah pemerintahan Kerajaan Perpaduan.

 

Muhyiddin Di Dakwa Tetapi Hadi Awang Demam Kura Kura

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker