Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN

Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN

Ahli parlimen Kota Bharu dari parti PAS, Takiyuddin Hassan, dilihat cuba mengelirukan parlimen dengan mempertikaikan kuasa eksekutif Menteri KDN.

Dalam perbahasan beliau di parlimen, Takiyuddin mempersoalkan tindakan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution, yang menggunakan kuasa eksekutif.



Awal pagi semalam, Saifuddin telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa beliau menggunakan peruntukan di bawah Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/07/menteri-kdn-sahkan-kenyataan-ds-zahid-berhubung-keputusan-ros/

Seksyen 70 Akta Pertubuhan 1966 menyatakan dengan jelas:



Menteri boleh, menurut budibicaranya, dengan bertulis mengecualikan mana-mana pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta ini daripada segala atau mana-mana jua daripada peruntukan-peruntukan Akta ini.

Baca di sini:

Akta Pertubuhan 1966

Dalam artikata lain, Menteri Dalam Negeri boleh dengan budibicaranya memberikan pengecualian kepada mana-mana pertubuhan dari mematuhi mana-mana peruntukan Akta Pertubuhan.



Ini adalah kuasa eksekutif yang diperuntukkan kepada Menteri Dalam Negeri di bawah Akta Pertubuhan itu sendiri.

Tidak timbul isu sama ada menteri perlu memberikan alasan atas keputusan yang telah beliau tetapkan.

Adakah Takiyuddin Sekali Lagi Cuba Memutarbelitkan Fakta?

Takiyuddin juga secara jelas memberitahu parlimen bahawa beliau tidak pasti sama ada surat dari RoS yang beliau miliki itu sahih atau tidak.

Sepatutnya sebelum berhujah dan mempertikaikan kuasa eksekutif Menteri Dalam Negeri, Takiyuddin perlu memastikan surat yang berada dalam simpanan beliau adalah sahih.



Cukup-cukuplah membuat kenyataan palsu, rakyat masih ingat bagaimana Takiyuddin menipu parlimen dalam isu pembatalan Perintah Darurat.

Agak menghairankan mengapa Takiyuddin yang sibuk untuk menghangatkan isu ini sedangkan ianya tiada kaitan dengan parti PAS atau Perikatan Nasional.

Bagi penulis, tindakan Takiyuddin itu dilihat mengesahkan lagi usaha untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Sekiranya UMNO dibatalkan pendaftarannya atau pemilihan presiden dan timb presiden UMNO mesti dilakukan, maka peluang PN untuk ‘hijacked’ UMNO akan kembali terbuka.



Dan sekiranya ini berlaku, maka sokongan 30 ahli parlimen BN akan beralih dari Kerajaan Perpaduan kepada Perikatan Nasional.

Tetapi persoalan yang paling besar di sini, sekiranya di adakan pertandingan kedua-dua jawatan tersebut, bolehkah calon boneka mereka menang?

 

Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button