Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

Perdana Menteri, DS Anwar Ibrhahim, mengingatkan presiden PAS, Hadi Awang, agar tidak terus mempersendakan kedudukan Raja Raja Melayu.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/657632



“Saya cuma nak ingatkan dalam kenyataan-kenyataan dia (Abdul Hadi) harus jaga supaya jangan menyinggung kedudukan raja-raja Melayu”.

“Kalau dibicara Perlembagaan Persekutuan sekali pun ada juga kaedah dia”.

“Ini soal kebenaran di masjid, ini terpakai untuk semua”.

“Termasuk perdana menteri”.



“Kalau saya memilih untuk bersyarah rasmi masjid (maka kebenaran) itu harus keluar”.

“Kerana itu kuasa agama di negeri itu di bawah raja-raja, jadi kena faham,” tegas perdana menteri.

Peringatan itu diberikan oleh Anwar di dalam respon kenyataan Hadi Awang yang dianggap memperlekehkan titah Sultan Terengganu.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/06/hadi-awang-derhaka-kepada-titah-dymm-sultan-terengganu/

Kita faham mengapa Hadi Awang dilihat seperti seorang yang sudah hilang pedoman apabila memberikan kenyataan.

Sebagai pemimpin parti, pastilah beliau merasa marah dan kecewa apabila tidak dapat menjadi kerajaan walau pun PAS mencatatkan kemenangan yang besar dalam PRU 15.

Tambahan lagi dengan kerisauan kes rasuah pengundi yang akan beliau hadapi di Mahkamah Pilihanraya pada bulan ini.

Mungkin lebih merisaukan Hadi Awang, apabila ada beberapa pemimpin utama PAS yang disebut-sebut sebagai terlibat dalam ketirisan dana RM92.5 bilion di era Muhyiddin.

Namun adalah sangat tidak bijak, apabila beliau melempiaskan kemarahan dan kekecewaan beliau dengan perbuatan derhaka kepada Raja Melayu.

Bukankah Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara merupakan prinsip kedua di dalam Rukun Negara?

Hadi Awang mesti ingat, setiap rakyat Malaysia WAJIB menjunjung prinsip Rukun Negara sepenuhnya tanpa pengecualian kepada kelompok tertentu.

Jangan nanti apabila tindakan sudah diambil, beliau menyalahkan kerajaan pula.

 

Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker