Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

Kini Pengerusi Perikatan Nasional dan juga Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin sudah sah diheret ke mahkamah.

Beliau menghadapi 4 pertuduhan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM dan AMLA di bawah akta yang sama.

Sekiranya disabitkan kesalahan, bagi Seksyen 23 Akta SPRM, setiap sabitan, beliau berhadapan dengan hukuman penjara hingga 20 tahun dan denda RM10,000 atau 5 kali nilai suapan.

Ini bermakna beliau berhadapan dengan hukuman penjara sehingga 80 tahun.

Muhyiddin juga akan di kenakan denda RM40,000 atau 20 kali nilai suapan, sekiranya hukuman dijalankan secara berasingan.

Manakala bagi 2 pertuduhan di bawah seksyen 4(1)b AMLA, setiap sabitan, beliau berhadapan dengan hukuman penjara 15 tahun.

Di samping itu beliau juga akan di denda 5 kali nilai aktiviti haram atau RM5 juta, ikut yang mana lebih tinggi.

Untuk pertuduhan AMLA, Muhyiddin berhadapan hukuman penjara 30 tahun dan 10 kali nilai aktiviti haram atau RM10 juta, sekiranya hukiuman berjalan berasingan.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2023/03/10/muhyiddin-di-dakwa-dengan-6-pertuduhan-dan-di-jangka-akan-ada-lagi-pertuduhan-yang-menyusul/

Namun begitu, kebiasaannya, dalam perbicaraan yang sama, hakim akan memerintahkan hukuman dijalankan secara serentak.

Mampukah Muhyiddin Bangkit

Persoalannya, mampukah Muhyiddin bangkit semula sebagaimana yang telah berjaya dilakukan oleh mantan perdana menteri, DS Najib.

Selepas kekalahan BN dalam PRU 14, DS Najib dihadapkan ke mahkamah dengan pelbagai pertuduhan bermotifkan politik.

Ini dapat kita lihat dengan jelas sekiranya kita mengikuti perkembangan perbicaraan DS Najib di dalam mahkamah.

Fakta pendakwaan lemah, suspek utama tidak di bawa ke muka pengadilan.

Malah hakim yang menjatuhkan hukuman juga dikatakan mempunyai konflik kepentingan kes tersebut.

DS Najib telah berjaya bangkit memulihkan imej beliau hanya dalam masa sebulan sahaja.

Kewujudan fenomena ‘Bossku’ yang melanda ke seluruh negara telah membuatkan musuh politik beliau terkejut.

Hatta, selepas beliau dipenjarakan, rakyat dilihat terus merindui sentuhan beliau dalam pentadbiran negara.

Mampukah Muhyiddin melakukannya?

Pada pandangan penulis, agak sukar untuk Muhyiddin melakukannya.

Ini adalah kerana, sepanjang 9 tahun pemerintahan DS Najib, pelbagai bantuan telah beliau berikan kepada rakyat.

2 kali negara berjaya lepas dari turut terjebak di dalam krisis ekonomi dunia.

Pencapaian yang cemerlang ini bukan hanya diakui oleh penganalisa ekonomi dalam negara, malah oleh pemimpin luar negara.

Namun sayangnya, rakyat menyedarinya hanya selepas DS Najib tiada lagi dalam pentadbiran kerajaan dan selepas beliau dipenjarakan.

Karier Politik Muhyiddin Akan Berakhir

Tetapi keadaan yang berbeza kepada Muhyiddin Yasin.

Tidak ada apa yang rakyat boleh kenang sepanjang 17 bulan beliau menjadi perdana menteri.

Setiap kali menyebut nama beliau, rakyat akan kembali mengingati mimpi ngeri perintah PKP separuh masak dan perintah darurat.

Rakyat akan terkenang kembali bagaimana rakyat terpaksa mengangkat bendera putih hanya untuk mendapatkan sesuap nasi.

Lebih menyedihkan, rakyat akan teringat kembali suami atau isteri atau ayah atau ibu atau anak atau rakan yang membunuh diri kerana tekanan hidup.

Episod sedih kehidupan rakyat ini akan diingat sehingga ke akhir hayat.

Cuma segelintir yang mempunyai kepentingan peribadi akan cuba menaikkan kembali imej Muhyiddin.

Tidak perlu tunggu hingga Muhyiddin dihantar ke penjara.

Di saat hakim sabitkan kesalahan ke atas Muhyiddin, maka segala-galanya akan berakhir buat Mahiaddin @ Muhyiddin Md Yasin.

 

Mampukah Muhyiddin Bangkit Seperti Najib

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker