MARAHKAN ANWAR & MUHYIDDIN, SALAHKAN NAJIB
DARI 2015 HINGGA 2020 MAHATHIR ‘RATIB’ NAMA NAJIB
Bekas Perdana Menteri Ke – 7, Tun Mahathir yang masih gagal mencapai sokongan penuh daripada Pakatan Harapan terus menerus ‘beratib’ nama Najib seolah menjadi penyebab segalanya.
Mahathir menulis menerusi blognya chedet.cc menyatakan rakyat Malaysia ditipu Najib hingga terbentuk kerajaan pintu belakang. Najib juga didakwa terlalu baik hati hingga membantu Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri bagi mengelakkan dirinya dipenjara.
Baca – MAHATHIR TERDESAK MAHU SOROK APA?
Mahathir dikatakan dalam keadaan tertekan selepas mesyuarat bersama PKR tidak dapat mencapai kata putus siapa akan dinamakan sebagai PM mewakili Pakatan Harapan. DAP baru-baru ini mendesak PKR menamakan antara Anwar Ibrahim dan Mahathir siapa yang selayaknya dicalonkan sebagai PM namun berakhir tanpa sebarang konklusi. Selepas formula menang-menang tidak capai kesepakatan, DAP sudah mula bersuara dan mahu satu keputusan yang tetap.
Baca – PECAT
Baca Juga – TUBUH PARTI LAIN
Tidak difahami mengapa Mahathir masih mahu meletakkan Najib sebagai watak antagonis sedangkan perseteruan beliau berkisar tentang Muhyiddin dan Anwar. Rakyat melihat Mahathir menumpang populariti Bossku bagi mencapai agenda utama iaitu kembali menjadi Perdana Menteri.
Baca – JANJI KEPADA ANWAR
Rakyat sudah bosan melihat permainan Mahathir dan Pakatan Harapan selama mereka tidak lagi memegang tampuk di Putrajaya. Sampai bila mereka mahu bermain polemik, angka, adegan pecat memecat sedangkan rakyat sudah fokus membina kembali ekonomi yang terjejas ekoran covid19?