Pesawat Cebu Pacific Air mendarat cemas di KKIA [VIDEO]
Pesawat Cebu Pacific Air mendarat cemas di KKIA
KOTA KINABALU: Sebuah pesawat jenis Airbus A320 milik Cebu Pacific Air melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) selepas dipercayai mengalami masalah enjin, malam ini.
Pesawat membawa 92 penumpang dan anak kapal itu berlepas dari Cebu di Filipina jam 7.55 malam dan dipercayai mengalami masalah enjin bahagian kiri pesawat ketika penerbangan.
Difahamkan pesawat berkenaan dijadual mendarat di Singapura tengah malam ini.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan dari Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat Lapangan Terbang (AFRS) KKIA jam 9.49 malam.
Katanya, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi berkenaan.
“Keadaan terkawal dan pesawat mendarat dengan selamat dan semua penumpang dan anak kapal selamat.
“Siap siaga di lapangan terbang ditamatkan pada jam 10.29 malam,” katanya.
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19
Pesawat Cebu Pacific Air mendarat cemas di KKIA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KJ Ibarat Hidung Tidak Mancung Tetapi Pipi Masih Tersorong Sorong
- Ramalan Najib tepat, Harga saham Sapura meningkat 25%
- ETP Najib, Khazanah catat untung RM1.6b Tahun 2022
- Kedah Di Jangka Akan Hadapi Krisis Ekonomi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah PN Jadikan Perjanjian NDA Sebagai Perisai Untuk Menutup Ketirisan Pembelian Vaksin Covid-19